Pas tidak tunduk kepada Arab Saudi, Iran

Pas tidak tunduk kepada Arab Saudi, Iran

Pas bebas menyuarakan pandangan dan mempunyai pandangan tersendiri dalam politik antarabangsa berdasarkan ilmu serta tidak tunduk kepada Arab Saudi atau Iran, kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pas bebas menyuarakan pandangan dan mempunyai pandangan tersendiri dalam politik antarabangsa berdasarkan ilmu serta tidak tunduk kepada Arab Saudi atau Iran, kata Naib Presiden Pas, Idris Ahmad.

Beliau berkata, Pas mengutamakan kebenaran dan tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak.

“Sudah lama Pas dituduh membela syiah. Kepimpinan ulama didakwa terpengaruh dengan ajaran syiah. Pas menjawab dengan amalan. Ketika berlaku Perang Teluk antara Iraq dan Iran, Pas menyebelahi Iran. Walaupun seluruh dunia Arab membela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Sekali lagi Pas dituduh Syiah,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kritikan pelbagai pihak terhadap penyertaan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu perhimpunan di Iran.

Ahli parlimen Bukit Gantang itu menegaskan, Pas berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah malah pernah memecat ahli Pas kerana menganut fahaman Syiah.

“Pas berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. Pas pernah memecat ahli Pas kerana menganut fahaman Syiah. Kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dalam parti. Pas menolak fahaman membidaahkan orang lain, sehingga menimbul perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat,” katanya.

Menurut beliau juga, parti itu tidak leka dengan perbuatan untuk membidaahkan sesama umat sehingga menimbulkan perpecahan umat walaupun kadang-kadang manusia inilah yang menuduh parti Islam itu membawa budaya takfir.

“Persoalan politik dunia kena dilihat di dalam kerangka yang besar, bukan atas sentimen mazhab,” tegasnya.

“Apabila Pas menjawab, maka dituduh taksub, tidak boleh dikritik, politik sempit, fikiran tertutup. Macam-macam lagi tuduhan kepada Pas,” ujarnya.

TAGS