Pasar Peduli Rakyat Hulu Langat diserbu orang ramai

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Orang ramai menyerbu Pasar Peduli Rakyat di Taman Sri Nanding, Dusun Tua.

Pasar Peduli Rakyat yang dianjurkan oleh AMANAH Hulu Langat mendapat sambutan yang sangat menggalakkan hari ini.

Dengan pelbagai barangan keperluan di sediakan, penduduk di sekitar Taman Sri Nanding berpusu-pusu mendapatkan keperluan harian mereka.

Minyak masak, telor, gula, tepung, pakaian dan sebagainya dijual dengan harga yang sangat berpatutan.

Minyak masak 1 kg dijual hanya dengan RM2 sebotol.

Menurut jurucakap Wanita AMANAH Hulu Langat yang menganjurkan pasar ini dengan kerjasama AMANAH Dusun Tua, ia dianjurkan untuk membantu orang ramai dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.

“Ini adalah sumbangan kecil kami untuk membantu rakyat yang sedang berhadap masalah sekarang,” katanya.

Beliau berjanji akan memberikan khidmat lebih baik jika Pakatan Harapan dipilih dalam pilihan raya umum akan datang.

Turut berkempen kepada orang ramai di pasar itu adalah Ketua Pemuda AMANAH, Mohd Sany Hamzan.

Beliau berharap sedikit sumbangan AMANAH ini memberi manafaat kepada masyarakat setempat.

CATEGORIES
TAGS