Pasaran hartanah dijangka meningkat pada separuh kedua 2016

Pasaran hartanah dijangka meningkat pada separuh kedua 2016

 Pasaran hartanah Malaysia dijangkakan kembali cergas pada separuh kedua tahun ini, dengan tanda-tanda pemulihan sihat industri itu sudah dapat dilihat.

 Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group Georg Chnmiel berkata pasaran hartanah tempatan dilihat akan meningkat pada separuh kedua apabila penggiat mula menyesuaikan diri terhadap perubahan dalam landskap ekonomi.

 “Jangkaan ini sudah pun terbukti dan dapat kita lihat, bila sahaja kami menganjurkan seminar atau acara berkaitan hartanah, jumlah kehadiran untuk mendengar penerangan pakar meningkat ketara.

CATEGORIES

COMMENTS