Patuh keputusan mahkamah 2012: Bersih tidak haram

Patuh keputusan mahkamah 2012: Bersih tidak haram

Semua pihak diingatkan supaya tidak menganggu perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November ini kerana ia ternyata membelakangkan keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah tidak haram.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Amanah Melaka menggesa agar rakyat tidak perlu takut dengan ugutan dan turun menyertai himpunan Besih 5.0  pada November depan.Semua pihak diingatkan supaya tidak menganggu perhimpunan Bersih 5.0 pada 19 November ini kerana ia ternyata membelakangkan keputusan mahkamah sebelum ini yang menyatakan Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah tidak haram.

Amanah Melaka menggesa agar rakyat tidak perlu takut dengan ugutan Gabungan NGO Malaysia diketuai Datuk Seri Jamal Md Yunos yang membelakangkan keputusan dibuat mahkamah pada 2012 itu.

Pengarah Komunikasi Amanah Melaka Zulkeply Harun berkata, kenyataan kenyataan pemimpin baju merah itu yang mendakwa 300,000 orang telah menyatakan sokongan untuk berhimpun menentang Bersih 5.0 adalah amat dikesalkan.

“Kenyataannya yang berbaur hasutan seperti “perjuangan kita akan kita teruskan walaupun bermandikan darah” amat berbahaya dan pihak polis perlu mengambil tindakan segera,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam Jamal dalam sidang medianya di Pejabat Umno Selangor mengulangi lagi kenyataan sama pernah diucapkannya dalam perhimpunan baju merah di Kapar pada Sabtu lalu.

Justeru Zulkiply berkata, keputusan mahkamah itu bermakna gabungan itu adalah sah di sisi undang-undang dan keputusan untuk mengharamkan Bersih adalah menceroboh hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan dan tidak harus dibuat secara sewenang-wenangnya.

“Sebarang kenyataan yang menyatakan perhimpunan Bersih 5.0 adalah haram adalah kenyataan yang menghina keputusan mahkamah tersebut.
“Justeru itu ugutan dan ancaman mana-mana pihak juga menghina keputusan itu dan ia tidak sepatutnya berlaku.

“Bersih telah berulang-kali menyatakan dan telah membuktikan bahawa perhimpunan yang diadakan adalah perhimpunan yang aman.

“Sementara perhimpunan Baju Merah pula hanya untuk tujuan memprovokasi, mengugut dan menghalang perhimpunan aman Bersih,” terangnya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 24 Julai 2012 telah membatalkan pengisytiharan Menteri Dalam Negeri waktu itu, Datuk Seri Hishamuddin Hussein bahawa Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) adalah sebuah pertubuhan ‘haram’.

“Hakim Datuk Rohana Yusof dalam penghakimannya berkata Bersih telah berjaya membuktikan kesnya dalam mencabar pengisytiharan kerajaan bahawa ia sebuah pertubuhan yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

 

TAGS