Jangan guna sentimen perkauman untuk kempen politik, nasihat veteran ATM

Jangan guna sentimen perkauman untuk kempen politik, nasihat veteran ATM

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Persatuan Patriotik Kebangsaan (PPK) mengingatkan pemimpin Umno tidak mengunakan sentimen perkauman dalam ucapan dan kempen politik ketika berlansungnya Perhimpunan Agung Umno (Pau) 2017 yang sedang berlansung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) kini.

Presidennya Brid,Jen (B) Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, persatuan itu berulang kali sebelum ini mengingatkan parti-parti politik agar tidak menggunakan sentimen perkauman dalam ucapan dan kempen politik mereka.

“Ini adalah taktik lama berkempen yang telah digunapakai sejak lebih daripada 50 tahun yang lalu. Taktik sedemikian boleh memecahbelahkan, menimbulkan kebencian melulu, dan mengakibatkan perasaan terluka yang amat dalam.

“Agak sukar untuk dipulihkan. Taktik sebegini berkesan kerana masyarakat kita belum mencapai tahap kemakmuran (affluence) yang diharapkan dan kurang dinamik. Kita rakyat Malaysia mesti menolak taktik kotor berkempen yang memecahbelahkan ini dan menguburkannya ke dalam lipatan sejarah zaman ‘jurassic’ untuk selama-lamanya,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Mohamed Arshad, adalah sama sekali tidak perlu mengapi-apikan sentimen perkauman dengan menyebut beberapa perkata yang boleh menguris hati kaum lain.

” Sentimen perkauman dengan menyebit ‘Cina DAP’. Silakan serang lawan politik anda dengan membangkitkan isu-isu dan menamakan parti-parti politik berkenaan.

“Kami tidak mendengar mana-mana pihak yang menyebut ‘Melayu Umno’, ‘Cina MCA’, ‘India MIC’ atau ‘Kadazan PBS’. Hanya nama parti yang disebutkan dan begitulah yang sepatutnya.

“Walau bagaimanapun, apabila ia berkaitan dengan DAP, etnik perlu dikaitkan dengan parti ini. Ini adalah cara yang tidak bertamadun, kurang matang dan tidak berpendidikan (yang sering digunakan semasa menyampaikan ucapan dan semasa berkempen), terangnya.

Beliau berkata, masyarakat negara ini amat perlu untuk bersatu dan dan membina semula negara.

Justeru katanya lagi, setiap warganegara harus merasa diri mereka penting, diperlukan, dan diterapkan semangat kekitaan dan cinta akan Raja dan Negara.

“Umno… tolonglah arahkan ahli-ahli parti anda supaya menjadi lebih dewasa dan berfikir secara matang sebagai Rakyat Malaysia,” teganya.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS