PDRM digesa  sekat demonstrasi  baju kuning, baju merah elak rusuhan

PDRM digesa sekat demonstrasi baju kuning, baju merah elak rusuhan

Masa yang berbaki empat hari lagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa  mengambil tindakan tegas, berani dan serta merta memyekat demontrasi antara kumpulan Baju Kuning dan Baju Merah pada Himpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan  pada Sabtu ini, kata Tan Sri Abdul Kadir Sheik Fadzir.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tan Sri Abdul Kadir Sheikh FadzirMasa yang berbaki empat hari lagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa  mengambil tindakan tegas, berani dan serta merta memyekat demontrasi antara kumpulan Baju Kuning dan Baju Merah pada Himpunan Bersih 5.0 yang akan diadakan  pada Sabtu ini.

Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir dalam satu kenyataan berkata, pihaknya bimbang pertembungan dua kumpulan itu yang diketuai Presiden Gabungan Ngo Malaysia Datuk Seri Jamal Md Yunos dan Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah  dibimbangi parti itu  akan berlaku rusuhan dan pertumpahan darah.

“Saya dahulu pernah mengambil bahagian dalam dua siri Bersih yang diadakan. Dalam setiap demontrasi tersebut memang terdapat perancangan rapi oleh kumpulan dalaman untuk memprovokasi pilis dan peserta untuk menimbulkan rusuhan besar-besaran dengan membakar kereta, bangunan dan sebagainya,” ujar beliau.

Malah kejadian Jamal selaku Presiden Gabungan NGO Malaysia ditumbuk hingga berdarah hidung juga dibimbangi Kadir akan membawa kepada tindak balas penyokongnya dalam perhimpuna itu.

“Peristiwa Datuk Seri Jamal ditumbuk sehingga berdarah, sudah tentu menimbulkan kemarahan yang teramat sangat dari pengikutnya dan penyokongnya.

“Sudah tentu mereka juga akan membuat apa saja untuk menyekat demontrasi Bersih. Malah pertembungan baju merah dan baju kuning sudah tentu akan mengakibatkan rusuhan dan pertumpahan darah,’ ujarnya menyatakan kebimbangan kemungkinan yang berlaku nanti.

Justeru katanya dalam situasi negara yang kini menghadapi masalah sosio-ekonomi kesan kemerosotan ekonomi dunia, peningkatan kos sara hidup serta kemerosotan ekonomi negara, maka rakyat negara ini pada ketika ini tidak mampu untuk berhadapan dengan rusuhan.

“Negara kita tidak mampu pada ketika ini menghadapi rusuhan lebih-lebih lagi jika ia berunsurkan perkauman yang mana sudah tentu akan menakutkan pelabur dari luar,” ujarnya dalam kenyataan itu.

Sebagai rekod Ikatan adalah sekutu Pas yang mewujudkan blok ketiga pakatan pembangkang setelah Pas tidak lagi menyertai Pakatan Harapan. Pas  yang kini mesra Umno  turut berpendirian tidak akan menyertai Himpunan Bersih 5.0 kali ini.

TAGS