Peduli rakyat tetap keutamaan, kata Pengerusi Amanah Kelantan

Peduli rakyat tetap keutamaan, kata Pengerusi Amanah Kelantan

Bagi Pengerusi Amanah Kelantan, Dato’ Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, program peduli rakyat tetap keutamaan tertinggi parti itu walaupun berhadapan dengan keupayaan dana yang amat terhad.

“Kita tetap bersama denyut nadi kesusahan rakyat yang semakin tertekan dengan keadaan ekonomi yang semakin sempit akibat pengurusan negara yang tenat,” kata beliau semasa ditemui di majlis sumbangan asnaf DUN Bunut Payong di Cawangan Amanah Ismail 3 pagi ini.

Seramai 65 kalangan asnaf menerima sumbangan sumbangan berbentuk keperluan dapur pada program itu.

Sumbangan disampaikan sendiri oleh Wan Rahim bersama pimpinan Amamah Kota Bharu

Speaker Amanah negeri Kelantan, Ir. Normazuki Yacob, turut hadir dan menyampaikan tazkirah ringkas di majlis tersebut.Bergambar selepas program peduli rakyat DUN Bunut Payong

Program dianjurkan oleh Amanah Cawangan Ismail 3, bertempat di Batu 2, Bunut Payong, Kota Bharu

TAGS