Pegawai Australia temui ketua pemuda AMANAH Kelantan

Pegawai Australia temui ketua pemuda AMANAH Kelantan

Diplomat kanan di Suruhanjaya Tinggi Australia di Kuala Lumpur Elizabeth Le Bas terbang ke Kota Bharu mencari ketua pemuda Amanah Kelantan, Hazmi Hassan kerana tertarik dengan populariti live streaming facebookkendalian beliau.

“Mulanya saya agak terkejut apabila dihubungi pembantunya Nik Mohd Yusof, menyatakan hasrat Elizabeth untuk menemui saya.

“Sebaik beliau tiba di pejabat, saya terus bertanya mengapa saya jadi pilihan, beliau menyatakan tentang siaran langsung laman FB pemuda Amanah Kelantan yang katanya begitu popular,” kata Hazmi yang ditemui selepas pertemuan semalam.

Perbincangan lebih dua jam itu katanya berjalan dengan mesra dan dipenuhi pertukaran maklumat yang amat bermanfaat.

“Saya memberi taklimat ringkas mengenai perkembangan parti AMANAH di negeri Kelantan.

“Manakala pihak beliau turut menceritakan situasi politik Australia yang rupanya amat menarik kebelakangan ini,” katanya.

{loadposition myposition}

Berkenaan AMANAH katanya, beliau menerangkan kepada pegawai tinggi Australia itu tentang kekuatan parti ini berbanding parti-parti pecahan Pas yang pernah berlaku sebelum ini.

“Dulu Pas pernah pecah dan mewujudkan parti-parti seperti Berjasa, Hamim, Iman, Islah dan Akim.

“Tidak seperti AMANAH sekarang, parti-parti yang dahulu itu tidak mampu berkembang sehingga ke seluruh pelusuk negara.” katanya.

Perkembangan AMANAH sekarang katanya begitu jelas memiliki keupayaan besar apabila seluruh negeri-negeri dapat menubuhkan jawatankuasa masing-masing dengan sempurna.

“Hampir semua kawasan parlimen juga kini telah memiliki kawasan-kawasan yang ada jawatankuasa lengkap dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan (RoS).

“Permintaan akar umbi untuk menubuhkan cawangan khususnya di Kelantan agak rancak tetapi saya berterus terang kepadanya bahawa kami tidak mampu memenuhi permintaan orang ramai kerana dana yang amat terhad,” katanya.

Menjawab soalan potensi AMANAH di Kelantan, Hazmi berkata parti itu memang dalam kedudukan ‘underdog’.

“Untuk waktu ini, kita amat sedar jumlah ahli, kekuatan aset dan kewangan amat terhad berbanding parti-parti yang sudah lama bertapak.

“Bagaimanapun saya memberitahunya dengan perkembangan sekarang di mana parti-parti pembangkang bergabung di bawah satu naungan Pakatan Harapan (PH), kita yakin akan mendapat kejayaan dalam pilihan raya ini.” katanya.

Menurut Hazmi beliau merasa amat bertuah dapat bertemu seorang pegawai tinggi yang dapat memberi penjelasan tentang keadaan politk semasa di Australia yang begitu menarik.

“Rupanya kerajaan Australia sekarang seperti telur di hujung tanduk di mana kerajaan hanya ada majoriti satu kerusi di parlimen.

“Timbalan Perdana Menterinya pula sedang didakwa di mahkamah atas tuduhan memiliki kerakyatan sebuah negara asing.

“Menurut undang-undang Australia seorang yang memiliki dua kerakyatan tidak layak menjadi ahli parlimen,” katanya.

CATEGORIES
TAGS