Peguam Khalid desak polis siasat samseng Pasir Salak di bawah Sosma

Peguam Khalid desak polis siasat samseng Pasir Salak di bawah Sosma

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Peguam Zulhazmi Sharif yang mengiringi ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad ke balai polis selepas diserang di Parlimen mendesak agar polis membuat siasatan kejadian itu di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan walaupun tidak bersetuju dengan akta Sosma itu.

Menurut beliau, tindakan pegawai penyiasat kes itu, ASP Azrizal yang menyiasat kes itu atas dakwaan merusuh tidak tepat.

“Geng Pasir Salak bukan merusuh tetapi menyerang Ahli Parlimen di kawasan Parlimen dan turut mencederakan anggota keselamatan yang menjalankan tugas mengawal Ahli Parlimen.

Khalid bersama Zulhazmi di Parlimen sebelum membuat laporan di Balai Polis Sentul.“Kanun Keseksaan memperuntukkan satu peruntukkan khas tentang kesalahan menyerang Ahli Parlimen iaitu Seksyen 124 Kanun Keseksaan,” kata Zulhazli dalam postingnya di facebook.

Menurut beliau, Seksyen 124 Kanun Keseksaan ialah kesalahan keganasan yang boleh disiasat menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma.

“Kita tidak setuju dengan Sosma tetapi kesalahan ini suatu kesalahan yang serius sebab itu diletakkan di bawah kesalahan keselamatan,” kata beliau.

Zulhazmi mengiringi Khalid Samad ke Balai Polis Sentul untuk membuat laporan polis selepas Khalid diserang sekumpulan samseng Pasir Salak bangunan Parlimen.

Kira-kira 30 – 50 samseng Pasir Salak menyerang Khalid di Parlimen pagin semalam kononnya kerana tidak berpuashati dengan tindakan Khalid melebelkan ahli parlimen mereka Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai ‘menteri sial’.

Khalid pula berbuat demikian selepas berlaku kekecohan ekoran dakwaan Tajuddin bahawa “Hanya Seputeh ada kok” yang bermaksud lucah.

Turut serta dalam serangan itu adalah anak kepada Tajuddin sendiri.

“Minta maaf balik! Kenapa panggil bapak aku sial? Aku panggil (Khalid) Samad sial sekarang!” jerit seorang lelaki muda berkaca mata hitam dan bersut lengkap warna kelabu terhadap Khalid yang ketika itu sedang keluar dari kereta dinaikinya.

Antara cercaan lain yang turut diucap oleh kumpulan terdiri daripada lebih 10 orang yang dilihat berang itu adalah “haram jadah kamu”, “babi”, “ingat bagus sangat”, “Pasir Salak datang”.

Tidak cukup dengan itu, nama DAP turut terpalit apabila mereka menjeritkan kata-kata “barua DAP” berulang-kali selain “p***mak punya DAP”.

Anak Tajuddin itu dikenali polis sebagai Firdaus Tajuddin, 34.

Beliau bersama sembilan yang lain kini disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.

Sembilan lagi yang diminta menyerah diri adalah:

Mohd Rizal Shafie, 37
Ariffin Mohamed Ali, 32
Hasnah Md Razali, 48
Erwan Halmi, 36
Sapiah Aini Sulaiman, 48
Norfirdaus Ahmad Zanian, 30
Azmir Ahmad, 41
Mohd Saffek Mohd Saleh, 28
Mohd Faizal Saidina Omar, 34

TAGS