Pejabat Peguam Negara harus segera lakukan dakwaan atas pendedahan Bahri

Pejabat Peguam Negara harus segera lakukan dakwaan atas pendedahan Bahri

Pejabat Peguam Negara dicabar untuk melakukan pendakwaan terhadap pendedahan yang telah dibuat oleh bekas Pengarah Bahagian Operasi (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin baru-baru ini.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Dr Ismail SallehPejabat Peguam Negara dicabar untuk melakukan pendakwaan terhadap pendedahan yang telah dibuat oleh bekas Pengarah Bahagian Operasi (BOK) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin baru-baru ini.

Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, isu skandal 1MDB melalui anak syarikatnya iaitu SRC International sepertimana yang didedahkan mengesahkan dakwaan laporan serta siasatan sebelum ini melalui pelbagai media dalam maupun luar negara.

“Terlebih dahulu Amanah Negeri Kedah mengucapkan syabas atas keberanian pendedahan yang telah dibuat oleh Datuk Bahri sehingga sanggup untuk bersara awal dari terus bersubahat mengenai salah laku pelbagai skandal kewangan pemimpin negara.

“Laporan Wall Street Journal, Sarawak Report United Kingdom, siasatan oleh Department of Justice telah menguatkan lagi dakwaan mengenai ketirisan dan penyelewengan yang sedang berlaku.

“Begitu juga dengan siasatan mengenai pendakwaan serta penutupan dua buah bank utama di Singapura yang mengesahkan mengenai pembabitan urusan kewangan tersebut, ” jelasnya lagi.

Malah ujarnya, lapuran penyiasatan oleh PAC turut menjadi sumber yang tidak lagi dapat dinafikan termasuk Ahli Parlimen yang menyokong kerajaan.

“Penyiasatan dan lapuran oleh SPRM melalui BOK terhadap beberapa buah anak syarikat 1MDB seperti SRC International, Ihsan Perdana dan Gandingan Mentari.

“Turut telah pun disahkan melalui dokumen bank sejumlah RM42 juta transaksi dikesan berlaku.

“Kertas siasatan yang lengkap juga telah pun sampai ke Pejabat Peguam Negara untuk dilaksanakan tindakan pendakwaan, ” tegasnya lagi.

Sehubungan itu katanya, kegagalan pendakwaan ini dilakukan telah menyebabkan tindakan bersara awal diambil oleh Datuk Bahri kerana enggan bersubahat dan menipu rakyat dalam negara ini.

“Amanah Negeri Kedah dengan ini mengucapkan tahniah diatas tindakan berani yang diambil oleh Datuk Bahri.

“Beliau mampu untuk melakukan pendedahan yang berikutnya supaya pendakwaan dapat dilakukan oleh Pejabat Peguam Negara.

“Ketelusan dan keberanian SPRM mesti dilaksanakan dengan telus dan segera, tanpa melindungi mana-mana pemimpin negara termasuklah Perdana Menteri sekalipun sekiranya ia didapati terbabit dalam pendakwaan yang akan dilakukan, ” tambahnya lagi.

TAGS