Pelaburan Malaysia ke Amerika Syarikat satu misteri, kata Azmin

Pelaburan Malaysia ke Amerika Syarikat satu misteri, kata Azmin

 

Pelaburan Malaysia di Amerika Syarikat (AS) sehingga mencecah RMRM100 bilion sesuatu yang mengejutkan tatkala ekonomi negara memerlukan pelaburan bagi mengukuhkan ekonomi domestik.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamaed Azmin Ali berkata, Pelaburan ini kononnya untuk “mengukuhkan ekonomi Amerika Syarikat” tatkala ekonomi kita sedang memerlukan pelaburan lebih besar selain daripada misteri mengapa Malaysia perlu membantu ekonomi terbesar di dunia itu.

“Saya sangat terkejut dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di Amerika Syarikat.

“Malaysia adalah negara yang ekonominya sedang berkembang dan kita sedang melakukan yang terbaik untuk menarik pelaburan dari negara-negara maju, bukannya menghantar wang kita keluar dari negara ini.

“Baru-baru ini, kita memperoleh pelaburan RM1 bilion daripada IKEA untuk membina pusat pembekalan dan pengedaran serantau untuk Asia Pasifik di Pulau Indah.

“Ia mewujudkan nilai tambah, menjana pekerjaan dan menggandakan kesan ekonomi negara ini,” ujarnya dalam kenyataan.

Naib Presiden PKR itu berkata,adalah sukar dipercayai bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengikut Najib, akan membelanjakan antara AS$3 bilion hingga AS$4 bilion ke atas pembangunan semula infrastruktur di Amerika Syarikat.

“Adakah Perdana Menteri cuba memberitahu kita bahawa membantu Amerika Syarikat membina infrastruktur adalah lebih penting daripada membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?

“Wang dalam KWSP adalah wang amanah untuk rakyat dan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

“Kita memahami pilihan Najib untuk bertemu dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, namun pemimpin tidak boleh menggadaikan kesejahteraan ekonomi negara hanya untuk peluang bergamba,” ujarnya.

Najib dan Trump mengadakan perbincangan dua hala dengan menteri-menteri dan pegawai kanan masing-masing sebelum kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan empat mata di Pejabat Oval.

Kunjungan Najib ke Rumah Putih atas jemputan Presiden Trump, berlangsung lebih sejam.

{loadposition myposition}

CATEGORIES
TAGS