Pemangku ketua Umno bahagian Pagoh nafi akan keluar parti

Pemangku ketua Umno bahagian Pagoh nafi akan keluar parti

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemangku Ketua Umno Bahagian Pagoh, Ismail Mohamed menyangkal dakwaan bahawa beliau akan keluar parti, seperti yang diviralkan dalam media sosial sejak Jumaat lepas.

“Ia (dakwaan) tidak betul. Ini adalah usaha pihak yang terdesak setelah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) gagal mendapat sokongan daripada orang Pagoh,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.

Ismail yang merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Serampang dilaporkan oleh sebuah blog sebagai individu yang bakal dilantik menjadi pengerusi PPBM Johor.

Menurutnya beliau kesal dengan pihak yang sanggup menggunakan cara yang kotor bagi mencari pengaruh.

“Saya ingin menegaskan, Umno Bahagian Pagoh tetap akan terus berbakti kepada rakyat,” katanya.

TAGS