Pembangkang perlu gabungan baru di luar Pakatan Harapan

Pembangkang perlu gabungan baru di luar Pakatan Harapan

Parti-parti pembangkang perlu bersatu membentuk sebuah gabungan dalam Pakatan Harapan bukan sebahagian daripada pakatan, kata Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Datuk Saifuddin Abdullah Parti-parti pembangkang perlu bersatu membentuk sebuah gabungan dalam Pakatan Harapan bukan sebahagian daripada pakatan, kata Ketua Setiausaha Majlis Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Beliau menegaskan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Warisan Sabah (Warisan) jika menjadi sebahagian daripada Pakatan Harapan mungkin memberi gambaran yang salah bahawa Pakatan Harapan dilihat lebih dominan kepada parti baharu.

“Kami mahu membentuk pakatan pembangkang sama rata … meminta PPBM dan Warisan untuk menyertai Pakatan Harapan akan membuat Pakatan Harapan dilihat sebagai mendominasi,” kata Saifuddin seperti dilapor Malay Mail online hari ini.

Beliau diminta mengulas cadangan Bersatu bahawa parti-parti pembangkang perlu bersatu di bawah nama “Barisan Rakyat” dan menggunakan satu simbol dan manifesto, serta mengelakkan meletakkan beberapa calon untuk pilihan raya umum ke-14.

“Satu gabungan pembangkang lebih besar dan kuat diperlukan. Kami terbuka dalam sebarang bentuk yang muktamad.Oleh itu, ia tidak perlu terhad untuk menjadi komponen Pakatan Harapan sahaja.

“Kami telah menubuhkan Jawatankuasa Teknikal untuk membincangkan perkara ini. Kami sedang mengkaji semua sudut dan kemungkinan. Terdapat beberapa cadangan di atas meja, termasuk yang disebut pada pelancaran Bersatu,” kata Saifuddin, merujuk kepada pelancaran Bersatu pada Sabtu lalu.

Beliau berkata bahawa ia adalah “terlalu awal” untuk mengumumkan keputusan muktamad mengenai perkara itu buat masa sekarang.

Pada Disember lalu, Bersatu telah menandatangani perjanjian dengan Pakatan Harapan terdiri daripada PKR, DAP dan Amanah untuk kerjasama menghadapi PRU14.

Pas masih belum bersetuju untuk bekerjasama dengan PKR dan Bersatu  dan masih berunding dengan mereka, tetapi pada Mac lalu bersama-sama dengan Parti Ikatan Bangsa Malaysia membentuk blok pakatan pembangkang baru dinamakan ‘Gagasan Sejahtera’ – yang dilihat sebagai “kuasa ketiga” kini disertai juga oleh Berjasa.

Sebaliknya Pas bersedia untuk berhadapan satu lawan satu dalam pilihan raya yang dijangka diadakan menjelang 2018, tetapi keengganan untuk bekerjasama dengan DAP dan Amanah telah menimbulkan kebimbangan sama ada akan berlaku pertembungan dengan mereka dan Barisan Nasional (BN) di kerusi tertentu.

TAGS