Pemikiran etno-centric tiada ruang dalam pembentukan negara majmuk

Pemikiran etno-centric tiada ruang dalam pembentukan negara majmuk

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Naib Presiden Amanah Datuk Dr Mujahid Yusof telah dijemput membentangkan pendapatnya di ISEAS Singapura pada 14 Nov lalu.

ISEAS atau Institut Kajian Asia Tenggara berpusat di Universiti Nasional Singapura. Ia turut dikenali sebagai Institut Yusof Ishak, mengambil sempena nama presiden pertama Republik Singapura.

Seminar di bawah tajuk Program Malaysia itu dihadiri peserta daripada pelbagai lapangan akademik dan profesional.

Pada kesempatan itu Dr Mujahid membentangkan kertas bertajuk “Politik Melayu di Malaysia: Dunia yang berubah dan jalan mengunjur ke hadapan”.

Ketika ditemui sejurus kembali dari Singapura, beliau berkata isu Melayu perlu diberi perspektif yang lebih dinamik di mana pemikiran ‘etno-centric’ sudah tidak boleh dipakai dalam menentukan dasar pembangunan negara.

Dalam kertas pembentangannya juga, Dr Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar mengkritik pemikiran Melayu yang sempit dan mencadangkan pemikiran berasaskan manusiawi dan nilai universal diamalkan untuk Melayu terus bersaing dalan kerangka ‘bangsa Malaysia’.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Institut Yusof Ishak kerana memberi ruang untuk ide Amanah dikongsi bersama.

TAGS