Pemimpin akan diberi taklimat cadangan bentuk Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik

Pemimpin akan diberi taklimat cadangan bentuk Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik

Semua pemimpin  Barisan Nasional dan parti pembangkang akan diberi taklimat mengenai cadangan pembentukan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Datuk Paul Low Seng KuanSemua pemimpin  Barisan Nasional dan parti pembangkang akan diberi taklimat mengenai cadangan pembentukan Akta Sumbangan dan Perbelanjaan Politik sebelum ia dibawa ke Dewan Rakyat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Paul Low Seng Kuan berkata beliau akan bertemu pemimpin Barisan Nasional dan kemudian pemimpin parti politik pembangkang bagi tujuan taklimat itu.

Sebelum ini Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man dilapor sebagai berkata cadangan akta itu perlu dibahas dan diluluskan semasa sesi persidangan Dewan Rakyat pada Mac tahun depan.

Sementara itu Low berkata pembinaan dan pembangunan projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR) akan dibuka kepada tender antarabangsa, walapun terdapat laporan sebelum ini China diberi keutamaan kepada projek itu.

Projek sejauh 350 kilometer itu dijadual mulai beroperasi pada 2026 dengan mempunyai lapan stesen perhentian iaitu Bandar Malaysia, Putrajaya, Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat, Iskandar Puteri dan Singapura.

Low menghadiri forum keusahawanan yang disertai lebih 100 masyarakat peniaga anjuran Full Gospel Business Men’s Fellowship Malaysia dan Asian Strategy and Leadership Institute di sini.

TAGS