Pemimpin Armada negeri desak  pendaftaran Bersatu dibubarkan

Pemimpin Armada negeri desak pendaftaran Bersatu dibubarkan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), sayap Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menggesa Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) membatalkan pendaftaran parti itu atas dakwaan menipu mereka untuk mempercayai bahawa sayap itu entiti yang sah.

Wakil Armada Lanchang Airul Amir Amirudin berkata sayap itu pada hakikatnya tidak wujud dalam perlembagaan parti.

Ketua Armada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman turut diminta meletak jawatan ekoran kegagalannya menangani isu status pendaftaran Armada sebagai sayap parti, katanya pada sidang media di Bentong, Pahang, hari ini.

Seorang lagi pemimpin Mohd Izaid Mohd Nor berkata beliau kecewa dengan tindakan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Syed Saddiq yang gagal menyelesaikan isu Armada dan isu lain yang berbangkit dalam parti.

Pada 20 Oktober lalu, bekas Exco Armada Mohamad Taufik Abas mendakwa semakan di ROS mengesahkan Armada langsung tidak wujud dalam perlembangaan PPBM kerana hanya menyatakan penubuhan sayap Pemuda, Wanita dan Srikandi.

CATEGORIES
TAGS