Pemuda Amanah gesa Jufazli dibebaskan penahanan bermotif politik

Pemuda Amanah gesa Jufazli dibebaskan penahanan bermotif politik

 

Penahanan Jufazli Shi Ahmad kerana mendedahkan penglibatan rasuah membabitkan Jabatan Air Sabah dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman jelas merupakan satu pengkhianatan amanah  pihak berkuasa juga perlu jalankan siasatan , kata Sany Hamzan Ketua Pemuda Amanah Nasional.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Sany Hamzan Penahanan Jufazli Shi Ahmad kerana mendedahkan penglibatan rasuah membabitkan Jabatan Air Sabah dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman jelas merupakan satu pengkhianatan amanah  pihak berkuasa juga perlu jalankan siasatan , kata Sany Hamzan Ketua Pemuda Amanah Nasional.

“Penahanan Jufazli kelmarin atas beberapa pertuduhan yang kabur merupakan satu ketidakadilan dalam sistem penguatkuasaan undang-undang negara.

“Malangnya situasinya kini, yang mendedah dan membongkar penyelewengan pula disiasat, yang terlibat masih lepas bebas,” ujarnya dalam satu kenyataan petang ini.

Hari ini Jufazli yang juga lulusan Sarjana Sains Politik dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dijadualkan akan dihantar ke Sabah bagi tujuan reman tersebut.

Jufazli Shi Ahmad Jufazli dikenali kerana banyak mendedahkan kepincangan pemimpin BN di Sabah. Antaranya pada 3 November lalu, beliau menulis tentang bagaimana Ketua Menteri Sabah yang juga Pengerusi Umno di negeri itu dan keluarganya menjadi kaya-raya.

“Kita dimaklumkan bahawa beliau akan dipindahkan ke lokap tahanan di Sabah hari ini dan pihak pegawai penyiasat (IO) masih boleh memohon untuk memanjangkan tempoh penahanan, kononnya bagi tujuan siasatan.

“Jika ini berlaku, ternyata tujuan penahanan anak muda ini jelas bermotifkan politik, memandangkan alatan-alatan elektronik yang diminta pihak berkuasa untuk disiasat telah pun diserahkan,” ujarnya.

Justeru Shazni berkata, Pemuda Amanah menyatakan komitmen untuk bersolidariti dengan Jufazli hingga beliau dilepaskan.

“Di sisi yang lain, fenomena anak-anak muda pemberani yang lantang bersuara dengan pemerintah korup jelas merupakan rahmat dan manfaat untuk generasi masa depan negara.

“Dengan kemunculan anak-anak muda yang memimpin himpunan perubahan seperti Anis Syafiqah dan mereka yang pernah ditahan dan turun naik mahkamah seperti Safwan Anang, Adam Adli, Fakhrulrazi, Mandeep Singh, Syukri Razab, Shazni Munir, dan yang terkini Jufazli Shi Ahmad memberikan tanda bahawa hayat kleptokrasi Datuk Seri Najib Tun Razak semakin pendek dan nazak,” tegasnya.

TAGS