Pemuda Amanah P.Pinang saran tambah peruntukan rumah orang tua

Pemuda Amanah P.Pinang saran tambah peruntukan rumah orang tua

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pergerakan Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) Pulau Pinang menyarankan kerajaan negeri dan pusat menambah peruntukan untuk pengurusan rumah kebajikan untuk orang tua bagi menjamin kebajikan penghuninya.

Ketuanya Dzul Fahmi Abu Bakar berkata Rumah Orang Tua Jubilee Sungai Dua di sini misalnya yang mendapat peruntukan daripada kerajaan negeri dan persekutuan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bagaimanapun peruntukan itu masih belum mencukupi.

Katanya, peruntukan yang diterima hanya mampu menampung 30 peratus daripada perbelanjaan keseluruhan mengurus rumah kebajikan itu.

“Bagi menampung 70 peratus perbelanjaan lagi, pengurusan rumah orang tua ini terpaksa berharap kepada sumbangan orang ramai yang prihatin,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan ang pau dan buah limau kepada 150 penghuni Rumah Orang Tua Jubilee, hari ini.

Selain itu, katanya, orang ramai juga perlu prihatin terhadap rumah kebajikan seumpama itu dengan tampil menghulurkan sumbangan bagi meringankan pihak pengurusan rumah kebajikan itu.

TAGS