Pemuda Amanah sedia tabung bantu  mangsa gempa bumi di Acheh

Pemuda Amanah sedia tabung bantu mangsa gempa bumi di Acheh

Mohd Sany HamzanPemuda Amanah Nasional melahirkan rasa sedih dengan kejadian gempa bumi yang melanda Acheh, Indonesia semalam. Gempa bumi berukuran 6.4 magnitud pada jam 5.03 pagi waktu tempatan itu telah menyebabkan lebih 50 orang terkorban dan ramai lagi cedera.

Gempa bumi itu juga telah mengakibatkan banyak rumah, masjid serta bangunan runtuh dan terjejas teruk. Kami merakamkan tazkiah kepada seluruh ahli keluarga mangsa yang terkorban akibat bencana alam ini, diharap agar ke semua mangsa yang terlibat kekal tabah dan cekal dalam mengharungi dugaan ini.

Atas rasa tanggungjawab, Pemuda Amanah Nasional akan melancarkan tabung kemanusiaan dalam membantu mangsa-mangsa yang terlibat.

“Sumbangan daripada seluruh negara akan dikumpulkan dan diserahkan kepada pihak disana. Kami mengajak seluruh rakyat Malaysia menghulurkan bantuan sedaya mampu melalui tabung yang akan dilancarkan ini,” ujjar ketua Pemuda Amanah Nasional Mohd Sany Hamzan

TAGS