Pemuda Amanah Selangor anjur Pertandingan Selfie #JomBersih5

Pemuda Amanah Selangor anjur Pertandingan Selfie #JomBersih5

Merancakkan sokongan anak muda untuk menyertai himpunan Bersih 5 pada 19 November depan, Pemuda Amanah Selangor hari ini melancarkan Pertandingan 5,000 Selfie.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Poster pertandingan selfie Bersih 5.

Merancakkan sokongan anak muda untuk menyertai himpunan Bersih 5 pada 19 November depan, Pemuda Amanah Selangor hari ini melancarkan Pertandingan 5,000 Selfie.

Hanya ikuti dua langkah, anda cuma perlu berselfie dengan berbaju kuning kemudian muat naik gambar tersebut di Facebook dengan menulis #JomBersih5.

Kempen sehingga 17 November depan ini membolehkan anda berpeluang memenangi lima helai T-shirt rasmi sambutan ulang tahun pertama Amanah.

Menurut Ketua Pemuda Amanah Selangor, Abbas Azmi kempen tersebut antara beberapa aktiviti yang sedang dirancang selain perlawanan bola sepak persahabatan serta flashmob di sekitar bandar besar di negeri berkenaan.

Sehubungan itu, pihaknya menyeru generasi muda mengambil bahagian dalam program dan kempen berkenaan dengan kemuncaknya turun beramai-ramai menyertai demonstrasi aman di ibu negara, 19 November depan.

“Marilah kita bersama sama menyokong Bersih 5.0 ini  demi Malaysia yang tercinta. Anak muda tidak mahu mewarisi kepimpinan negara yang rosak.

“Bersih 5.0 menjadi medan untuk anak muda menuntut reformasi dalam sistem pilihan raya negara kita,” ujar Abbas lagi.

TAGS