Pemuda AMANAH tidak hirau sendaan, benih rumput bantu penternak

Pemuda AMANAH tidak hirau sendaan, benih rumput bantu penternak

Sendaan dan kata nista pelbagai pihak terhadap usaha memulihkan ekosistem dan mengurangkan kos bahan api tidak mematahkan usaha berterusan Pemuda AMANAH Kelantan.

“Heboh kononnya kita menipu apabila cuba mengaju satu penemuan yang mengoptimumkan pembakaran bahan api motosikal.

“Itu hanya satu dari rangkaian usaha kita untuk membantu orang ramai mengurangkan kos dan membaik pulih alam sekitar melalui penggalakan pertanian secara organik dan mapan,” kata Ketua Pemuda AMANAH Kelantan, Hazmi Hassan.

Beberapa hari lalu media melaporkan Pengerusi AMANAH Kelantan Datuk Husam Musa menjadi sasaran kecaman pengguna media sosial kerana memperkenalkan alat yang dikatakan boleh menjimatkan penggunaan petrol motosikal.

“Pagi itu kita akan masukkan alat ni dalam tangki motor. Tujuannya untuk jimatkan penggunaan minyak motor. Sekarang ini harga minyak pun mahal. Budak-budak motor duit dia tak banyak.

“Yang kedua alat ini boleh kurangkan asap. Asap ini adalah tanda bahawa minyak tidak dibakar habis.

“Kerana itu jadi asap dan kemudian ada bekas asap yang hitam dipanggil karbon,” katanya dalam mukadimah ketika menjelaskan keupayaan alat itu kepada lima pemuda yang hadir bersama motosikal masing-masing,” katanya.

{loadposition myposition}

Menurutnya Pemuda AMANAH melalu program AMANAH Agro kita giat menggerakkan usaha pembangunan indutri pertanian khususnya untuk golongan muda.

“Memang banyak lagi yang akan mengejutkan kepada mereka yang tidak mengikuti secara dekat aktiviti kita,” katanya.

Sabtu lalu katanya AMANAH Agro telah mengadakan kursus khas penanaman pisang dengan menggunakan pebenihan tisu.

“Kita terkejut kerana kehadiran untuk mengikuti kusus kita dua kali ganda dari yang disasarkan.

“Semua ini diinspirasikan sendiri Datuk Husam Musa,” katanya.

Hiishamuddin GhazaliMenurutnya pengarah AMANAH Agro yang jua ketua biro pertanian dan hubungan NGO, Pemuda AMANAH Kelantan, Hishamudin Ghazali akan terus menjalankan penyelidikan untuk membantu masyakat.

“Antara yang diberi tumpuan sekarang untuk memperkenalkan benih rumput hybrid untuk membantu penternak mengurangkan kos dedak yang tinggi.

“Benih rumput hybrid baru ini dari keluarga Saccharum seperti keluarga Tebu, Napier India dan Taiwan,” katanya

CATEGORIES
TAGS