Pemuda Pas ramal BN kekal di Putrajaya, Pas akan tawan Terengganu dan Kedah

Pemuda Pas ramal BN kekal di Putrajaya, Pas akan tawan Terengganu dan Kedah

Pemuda Pas Kelantan menganggap keputusan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar hasil pertandingan tiga penjuru bakal memberi laba kepada Pas dan Barisan Nasional.

“Tanpa menghormati kerusi tradisi Pas, dan Pas akan meletakkan calonnya di kerusi DAP dan PKR,” kata Ketua Penerangan Pemuda Pas Kelantan, Nazman Che Ibrahim di status fecebooknya.

Keadaan ini katanya akan mejadikan “pola tiga penjuru terus digilai PAN (Amanah), dan diapi-apikan DAP dan PKR”.

Menurut beliau hasilnya BN akan terus menguasai Putrajaya, dan mengekalkan beberapa negeri sedia ada.

“BN pasti akan merampas Selangor dan Pulau Pinang,” katanya.

Menempelak tuduhan Pas undur ke belakang dalam PRK serentak baru-baru ini beliau berkata pada waktu itulah baru boleh tahu parti mana yang undur selangkah, dan parti mana yang terundur 5 langkah ke belakang.

“Pada masa itu peluang yang ada hanya kepada PAS untuk mengekalkan Kelantan, merampas Terengganu dan Kedah,” katanya.

TAGS