Pemuda PH akan anjur forum bincang dasar ekonomi,peluang pekerjaan

Pemuda PH akan anjur forum bincang dasar ekonomi,peluang pekerjaan

Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan forum  bagi membincangkan tawaran baru untuk anak muda.

Menurut Ketua Setiausaha Pemuda PH Howard Lee antara lain menyentuh isu ekonomi dan peluang pekerjaan.

“Forum tersebut akan membincangkan tawaran pertama Pemuda PH, iaitu untuk menghasilkan satu juta pekerjaan berkualiti dengan gaji sekurang-kurangnya RM2,500 sebulan.

“Ia satu langkah yang akan menghasilkan ekonomi manusiawi yang layak untuk hari ini dan hari esok,” ujarnya dalam kenyataan dipetik, hari ini.

Forum bertajuk Kerja, Gaji dan Kehidupan yang Layak itu  akan diadakan pada 16 Januari jam 8.30 malam di ibupejabat Malaysiakini di Petaling Jaya.

Barisan panel pada forum diadakan seperti Faiz Fadzil (AMANAH), Ulya Husamuddin (Bersatu); Howard Lee (DAP); Sangheta Jayakumar (PKR) dan; moderator Jean Vaniesha.

Menurut beliau yang juga Setiausaha Antarabangsa DAPSY, forum berkenaan akan menampilkan barisan kepimpinan tertinggi Pemuda PH sebagai ahli panel.

Howard dalam pada itu sempat mengkritik Pemuda Barisan Nasional (BN) yang menurutnya masih tidak mampu menyaingi tawaran baru Pemuda PH.

“Khairy Jamaluddin pada Perhimpunan Agung Umno dahulu memohon kepada kepimpinan partinya beberapa ‘tawaran baharu’ untuk memancing pengundi muda, satu terma yang sudah awal-awal lagi digunakan oleh Pemuda PH sejak Mei 2017.

“Kini selepas lebih sebulan berlalu, tawaran Pemuda BN tersebut masih ghaib, yang tinggal hanya kata-kata.

“Apa yang mengejutkan dan memalukan ialah Menteri Belia dan Sukan yang juga Ketua Pemuda Umno itu masih melukut di tepi gantang, perlu merayu untuk dasar anak muda kepada para dinosaur partinya,” katanya yang juga Adun Pasir Pinji.

Pemuda PH dalam konvensyennya pada Sabtu lalu mengemukakan lima tawaran dan 10 dasar untuk anak muda.

Antara tawaran menarik adalah siaran langsung perlawanan bola sepak percuma Liga Perdana Inggeris (EPL), lesen motosikal percuma, gaji minima RM1,500 dan pendidikan percuma di institut pengajian tinggi awam (IPTA).

6.0
OVERALL SCORE
: 6.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS