Pemuda PH lancar kempen ‘Turun Harga Minyak, Turun Najib’ @ Turun-Turun

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pemuda Pakatan Harapan (PH) akan menggerakkan kempen ‘Turun Harga Minyak, Turun Najib’ atau singkatannya “Turun-Turun” bertujuan memobilasi rakyat ke perhimpunan yang dirancang pada malam tahun baru.

Perhimpunan tahun baru pada 31 Dis akan datang itu akan bermula di pusat membeli belah Sogo pada jam 11 malam dan berakhir di Dataran Merdeka.

Dalam satu sidang media Gerakan Turun Harga Minyak, Turun Najib (Turun Turun), Ketua Pemuda PH Nik Nadzmi Ahmad menyasarkan penyertaan lebih 5000 orang peserta dengan penglibatan anak muda daripada pelbagai latar belakang.

Justeru pihaknya menjemput seluruh warga yang cintakan negara untuk sama-sama hadir ke perhimpunan aman itu.

“Kita akan mula berkumpul di Sogo dan akan berjalan menuju ke Dataran Merdeka untuk menyambut kedatangan tahun baru 2018 di sana,” katanya.

Menurut Nik Nadzmi, ketidaktentuan harga minyak yang diumumkan setiap Rabu menyebabkan rayat sukar untuk mengurus perbelanjaan bulanan.

“Malah apabila harga minyak naik selama 5 minggu berturut-turut sehingga RON95 meencatatkan harga tertinggi RM2.38 pada minggu ketiga Nov 2017, rakyat berdepan dengan saat sukar untuk menguruskan beban kewangan harian.

“Lebih menghairankan keadaan ini berlaku dalam keadaan Malaysia merupakan negara pengeluar minyak yang sepatutnya menjana lebih keuntungan apabila harga minyak dunia berada di paras tinggi.

“Keuntungan ini sepatutnya boleh disalurkan sebagai dana untuk mengawal harga minyak tempatan supaya tidak membebankan rakyat,” tegasnya.

Menurut beliau, rakyat pernah merasai harga minyak yang stabil hasil daripada subsidi minyak yang diperuntukkan kerajaan dan ia menjadi mekanisme untuk mengawal harga minyak pada kadar yang tidak membebankan rakyat.

“Kami menolak sebarang idea yang mengatakan pemberian subsidi akan menambahkan beban kewangan negara.

“Negara tidak akan rugi dengan pemberian subsidi tetapi negara akan rugi dengan perbelanjaan wang negara secara boros yang sering dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara,” jelas beliau.

Turut sama dalam sidang media di ibu negara semalam ialah Naib Ketua Pemuda AMANAH Shazni Munir Mohd Ithnin, Penolong Setiausaha DAP Wanita Kebangsaan Young Shefura Othman, Timbalan Pengerusi Kanun AMANAH Wan Anwar Wan Ibrahim serta wakil Pemuda PPBM dan gerakan pelajar.

Tambah Nik Nadzmi, selain dua tema utama iaitu Turun Harga Minyak dan Turun Najib, Turun-Turun juga mengangkat dua tema lain yang menjadi kehendak anak muda Malaysia iaitu Turun Harga Barang dan Turun Kos Sara Hidup.

Bagi memastikan kejayaan kempen Turun-Turun, Gerakan Turun-Turun tambah beliau telah menyusun beberapa aktiviti ‘pemanas badan’ bermula Jumaat, 8 Dis dengan mengedarkan risalah di Masjid Negara selepas solat Jumaat.

“Kami juga akan mengadakan prahimpunan sebanyak dua kali iaitu pada Sabtu, 16 dan 23 Dis bertempat di Sogo pada jam 3.30 petang. Oleh itu orang ramai khususnya anak muda dijemput untuk menyertai aktiviti-aktiviti ini.

“Ayuh anak muda, kita sambut tahun baru dengan laungan ‘Turun-Turun’. Turun Harga Minyak, Turun Najib,” tegas beliau.

Pemuda PH menggerakkan kempen Turun-Turun mendesak minyak dan Najib turun.

7.0
OVERALL SCORE
: 7.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS