Penahanan Rafizi: Polis hina Yang Dipertuan Agong dan cabul parlimen

Penahanan Rafizi: Polis hina Yang Dipertuan Agong dan cabul parlimen

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tiada yang mengejutkan penahanan Rafizi Ramli, Ahli Parlimen Pandan.

Beliau sendiri sudah menjangka yang akan ditahan ekoran timbul isu pendedahan 

dokumen maklumat sulit Jawatankuasa Kira kira Wang Negara (PAC) yang diklasifikasi
sebagai OSA berkaitan maklumat isu salahguna kuasa 1MDB serta hubungan antara 1MDB
dan LTAT.

Yang mengejutkan ialah polis tidak menghormati institusi parlimen yang merupakan
institusi rakyat yang masih bersidang sehingga khamis 7 April 2016.

Sidang parlimen yang masih berlangsung ini dibuka dengan rasminya oleh kebawah Duli
Yang DiPertuan Agong pada 7 Mac 2016.

Penahanan Rafizi yang merupakan ahli parlimen Pandan adalah satu penghinaan
terhadap Yang Dipertuan Agong yang telah memperkenankan untuk ahli-ahli parlimen
bersidang untuk satu tempoh hingga 7 April 2016.

Penahanan beliau juga sebagai satu pencabulan dan penghinaan pihak polis terhadap
parlimen yang merupakan institusi rakyat yang Rafizi salah saorang anggotanya.

Kenapa Polis tidak boleh bersabar menunggu sehingga parlimen selesai bersidang pada
khamis ini.

Siasatan dibawah OSA bukan merupakan satu kesalahan jenayah berat yang perlu
disegerakan penahanan terhadap Rafizi.

Tidak lain penahanan Rafizi hanya untuk menakutkan dan memesongkan pemikiran rakyat
yang kononnya Rafizi yang bersalah.

Tindakan polis juga dilihat menjadi institusi melindungi jenayah yang dilakukan
pemimpin negara.

Penjenayah bermaharajalela dan yang mendedahkan jenayah penjenayah didera.

Saya menuntut Rafizi segera dibebaskan selewat lewatnya sebelum jam 10 pagi 8 Apr
2016 untuk membolehkan beliau menunaikan tanggung jawabnya menghadiri sidang
Parlimen.

Sepatutnya tiada halangan dilakukan polis untuk Rafizi menghadiri Sidang Parlimen
seperti usul menteri dalam negeri pada 8 Mac 2016 diawal permulaan persidangan yang
diluluskan parlimen yang berbunyi “Bahawa Majlis ini memerintah Ketua Polis Negara
menjaga supaya selama Penggal Dewan Rakyat yang ada sekarang, jalan-jalan melalui
lorong-lorong menuju ke dewan hendaklah sentiasa terbuka dan boleh dilalui dan
jangan ada apa apa halangan menghalang ahli ahli hendak pergi dan balik dari Dewan
ini,jangan berlaku apa apa kacau bilau di jalan jalan menuju ke Dewan ini,dan
supaya jangan ada huru hara di bangunan dewan ini dan berhampiran dengan banggunan
ini,dan Setiausaha Dewan Rakyat hendaklah menyampai perintah ini kepada Ketua Polis
Negara yang tersebut”.

DATO’HJ MAHFUZ HJ OMAR ialah Ahli Parlimen Pokok Sena

CATEGORIES