Penang  Institut akan ambil tindakan undang-undang tuduhan ditaja Soros

Penang Institut akan ambil tindakan undang-undang tuduhan ditaja Soros

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Penang Institut (PI) akan mengambil tindakan undang-undang terhadap dakwaa ia menerima bantuan kewangan daripada pertubuhan Open Society Foundation (OSF) yang dikaitkan dengan hartawan Amerika Syarikat, George Soros.

Pengarah Eksekutif PI, Zairil Khir Johari berkata, dakwaan berkenaan tidak berasas dan berniat jahat, beliau memandang serius perkara itu.

“Dakwaan itu berpunca dari ‘kebocoran dokumen’ seperti didedahkan dalam laman web, DC Leaks. Menurut dokumen itu, PI telah disenaraikan sebagai penerima geran pengajian bagi fellowship siswazah di Central European University’s School for Public Policy di Hungary.

“Kami ingin menyatakan secara mutlak bahawa PI tidak menerima atau menggunakan apa jua dana daripada Open Society Foundation.

“Tidak ada seorang pun daripada kakitangan kami telah menerima fellowship Central European University seperti yang didakwa oleh dokumen itu.

“Dalam erti kata lain, PI tidak mempunyai apa-apa hubungan pun dengan pertubuhan-pertubuhan itu,” jelasnya dalam satu kenyataan.

Menurut Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera, PI sebagai badan pemikir dasar awam kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan menerima bantuan kewangan daripada sumber asing tanpa sebarang kelulusan daripada kerajaan negeri.

Institut itu adalah salah satu daripada beberapa organisasi yang didakwa kononnya menerima dana secara langsung atau tidak langsung daripada OSF.

Zairil yang juga meruapakan Penolong Setiausaha Publisiti DAP turut mempersoalkan motif di sebalik tuduhan-tuduhan yang dilihat menyasarkan organisasi serta badan yang diketahui bebas dan kritikal terhadap regim pemerintah.

“Oleh itu, kami mengutuk sekeras-kerasnya kempen berniat jahat untuk memburuk-burukkan badan bukan kerajaan (NGO) dan mana-mana institusi hanya kerana mereka tidak sehaluan dengan kerajaan Persekutuan,” katanya seperti dipetik Roketkini.

TAGS