Penganggur tetak ibu dihadap ke mahkamah

Penganggur tetak ibu dihadap ke mahkamah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Seorang penganggur yang sebelum ini dilapor menetak ibunya sehingga mati didakwa di Mahkamah Majistret Ampang hari ini.

Rahmat Shahir Rashdan Shakir, 23, dituduh membunuh ibu kandungnya Halimaton Katan, 49, di sebuah kondominium beralamat 2B-01-08, Blok B, Menara Jade, Bukit Indah, Ampang antara 3 hingga 4 pagi pada 4 Okt lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh kerana kes itu merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zuhaini Mahamad Amin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 7 Dis untuk sebutan semula kes.

TAGS