Pengarah Keselamatan Bersatu Shah Alam berbohong, kata Armada

Pengarah Keselamatan Bersatu Shah Alam berbohong, kata Armada

Ketua Pemuda Bersatu (Armada) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyangkal tuduhan anggota partinya sendiri bahawa keganasan yang berlaku dalam forum ‘Nothing To Hide 2.0’ hujung minggu lalu didalangi oleh penganjur.

Menurut Syed Sadiq, tuduhan Pengarah Keselamatan Bersatu Shah Alam, Wan Mohammad Ashraf Nasjaruddin yang mendakwa menjadi sasaran keganasan pada petang itu kerana pihak penganjur mahu menghalangnya bertanyakan soalan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad jelas satu penipuan.

“Jangan cuba menipu. Kenapa dia sasaran utama?

“Flare (suar) dibaling ke arah Tun. Kerusi dan kasut pun dibaling jauh ke depan,” kata Syed Saddiq kepada Malaysiakini hari ini.

“Kalau betul kita nak halang beliau dari tanyakan soalan, kenapa kita benarkan soalan-soalan yang lain yang jauh lebih sensitif. Tun jawab lapan soalan sebelum disabotaj,” kata Syed Saddiq.

Semalam Bernama melaporkan Wan Mohammad Ashraf mendakwa kekecohan dalam forum itu didalangi anggota parti itu sendiri dan meminta polis menyiasat insiden berkenaan serta ugutan bunuh terhadapnya.

{loadposition myposition}

Katanya, beliau mengesyaki mereka yang terlibat dalam kejadian itu adalah pihak penganjur, urusetia dan beberapa anggota BERSATU sendiri.

“Insiden (kekecohan) itu sengaja diwujudkan supaya dapat menghalang saya daripada bertanyakan beberapa soalan kepada Dr Mahathir selepas isu Memali disoal (individu lain),” katanya.

TAGS