Pengguna jalan raya di Kelantan sambut hangat protes kenaikan harga minyak

Pengguna jalan raya di Kelantan sambut hangat protes kenaikan harga minyak

Protes kenaikan harga minyak anjuran pemuda AMANAH Nasional yang berlangsung di depan Kota Darul Naim, Kota Bharu petang tadi mendapat sambutan hangat para pengguna jalan raya.

Program yang diketuai Ketua Pemuda AMANAH Negeri Kelantan Hazmi Hassan itu disambut bunyi hon yang tidak putus-putus dari pelbagai jenis kenderaan yang melalui jalan berkenaan.

Hazmi dan anggota pemuda dari parti-parti komponen Pakatan Harapan (PH) berhimpun sekitar jam 5 petang.

Mulanya mereka berbaris di atas pembahagi jalan berhadapan lampu isyarat Kampung Putih.

flashmo 1

Selepas hampir setengah jam pihak polis memanggil Hazmi untuk berbincang supaya berpindah ke kawasan lain kerana bimbang berlaku kemalangan.

Mematuhi arahan kumpulan itu bergerak ke kawasan tepi jalan berhampiran bangunan pejabat Perbadanan Menteri Besar (PMBK).

Memandangkan kesesakan di kawasan itu, pihak polis sekali lagi meminta supaya berpindah ke seberang jalan di hadapan pejabat JKR.

{loadposition myposition}

Selepas jam 5.30 petang, sekumpulan anggota wanita menyertai flash mob berkenaan menjadikan pengguna jalan raya semakin tertarik untuk menyatakan sokongan.

Sekitar jam 6 petang, pihak polis sekali lagi berbincang dengan Hazmi supaya menghentikan flash mob berkenaan.

flashmob turun harga minyak

Sebelum bersurai mereka beramai-ramai menyanyikan lagu berterima kesih kepada pihak polis.

“Terima kasih, terima kasih abang polis”. Mereka beramai-ramai menyanyikan dengan penuh semangat dan mesra.

Sekumpulan anggota polis beruniform lengkap dengn trak dan peralatan anti rusuhan kelihatan berada di hadapan kompleks SUK sejak jam 4 petang.

Protes kenaikan harga minyak ini diadakan di seluruh negara hari ini.

Bagaimanapun, ia dibatalkan di peringkat Wilayah Persekutuan kerana masalah teknikal.

Ketua Pemuda AMANAH Wilayah Persekutuan Nik Abdul Razak Nik Md Ridzuan memohon maaf kepada media dan mereka yang telah hadir, dan “mengambil tanggungjawab sepenuhnya” pembatalan itu.

Protes di Bayan Baru Pulau Pinang pula dibatalkan berikutan kemangkatan Sultan kedah Sultan Abdul Halim Mu’Adzam Shah.

Selain itu, protes serupa turut dijadualkan berlangsung di Ipoh, Shah Alam, Melaka Central, Seremban, Kuala Terengganu, Pantai Sepat (berhampiran Kuantan), Batu Pahat, Tampoi, and Sandakan.

CATEGORIES
TAGS