Pengorbanan PKR untuk PH suatu keputusan mulia

Pengorbanan PKR untuk PH suatu keputusan mulia

Alhamdulillah walaupun ada ramai yang tidak setuju dengan keputusan Majlis Presiden untuk menamakan calon PM untuk Pakatan Harapan, jelas menunjukkan keputusan di buat adalah satu keputusan telah memuaskan, semua gembira dan bersyukur.

Hebatnya PKR walaupun sudah 20 tahun melawan Umno-BN dan juga Tun Mahathir Mohamad, sampai satu ketika PKR telah membuka ruang yang sangat luas untuk menerima pihak yang dibenci selama 20 tahun untuk bersama-sama memperjuangkan agenda rakyat adalah sesuatu perbuatan yang terpuji, sama  dengan menerima saya  dulu sebagai bekas strategis Umno-BN.

Saya ucapkan terima kasih atas kebaikan PKR pada saya dan sahabat lain.

Malah bukan itu saja,  mengalirnya air mata terharu saya bila mendengar keputusan Majlis Presiden mengumumkan bahawa Tun Mahathir akan menjadi calon Perdana Menteri untuk Pakatan Harapan dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi calon Timbalan Perdana Menteri walau tika ini Datuk Seri Anwar Ibrahim masih di dalam penjara.

Yang kita tahu Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu sangat-sangat fokuskan untuk isu ini telah selesai diumumkan. Tak habis dengan itu, pecahan kerusi juga, PKR paling banyak korbankan untuk beri pada dua parti baru lahir untuk pastikan agenda kita tercapai, tak lain tak bukan adalah isu rakyat

Dan walau pun ada pesanan dari Anwar  untuk tidak membincangkan isu calon PM ini. Sungguh besar hati barisan pimpinan PKR untuk putuskan semua ini, ia adalah satu keputusan yang memberi impak besar dan ia juga adalah satu keputusan yang saya yakin pasti ramai yang teruja dengan keputusan ini. Ia adalah satu berita gembira buat semua pihak termasuk Anwar.

Alhamdulillah, semua telah selesai hari ini walau pun agak tergesa-gesa konvensyen ini di buat tapi syukur ia tetap berjaya dan berjalan lancar, saya harap jangan lah ada pihak yang mempertikaikan lagi soal ini dan marilah semua fokus kepada asas perjuangan rakyat.

Isu boikot konvensyen oleh AMANAH Johor walau pun AMANAH lebih awal dari PPBM dan AMANAH hanya dapat kerusi paling sikit, itu bukan isu besar, kerana pimpinan AMANAH yang bersetuju memutuskan di dalam Majlis Presiden.

Pembahagian kerusi dilakukan berdasarkan merit parti tersebut. PKR paling banyak korbankan kerusi walau pun PKR parti terkuat sampai tika Anwar di penjarakan dan diputuskan dengan hanya beza satu kerusi dengan PPBM pun tidak memboikot program bersama yang mulia ini.

Saya melihat barisan pimpinan PKR duduk di hadapan senyum lebar dan tidak rasa ada masalah untuk membuat pengorbanan ini. Kenapa AMANAH Johor tidak melakukan pekara yang sama?

Tun Mahathir turut memuji AMANAH dengan berkata “Yang menjayakan agihan parti ini (PH) adalah AMANAH”. Tidak cukup lagi ke? Boleh tak AMANAH Johor jangan jadi party pooper?

Hentikan lah serangan lebel melebel ini dan rasa tidak puas hati ini. Ayuh bersama selamatkan Malaysia. Jika PKR boleh, saya pasti semua pun boleh.

*Penulis Syarul Ema Rena adalah Exco Wanita PKR Pusat.

CATEGORIES