Pengundi hantu kem tentera Segamat untuk selamatkan Presiden MIC

Pengundi hantu kem tentera Segamat untuk selamatkan Presiden MIC

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Dengan terdapatnya seramai 1,051 pengundi hantu yang berdaftar di kem tentera Segamat yang masih belum wujud, jelas ia merupakan “manipulasi strategik” menerusi daftar senarai pengundi bagi membantu Umno-BN menang dalam pilihan raya akan datang, kata tokoh veteran DAP, Lim Kit Siang.

Justeru katanya, tidak hairanlah mengapa integriti Malaysia dalam hal pilihan raya dipersoalkan, mungkin lebih baik sedikit daripada Zimbabwe.

Mewujudkan kem tentera di Segamat dengan jumlah pengundi seramai 1,051 dalam parlimen Segamat itu adalah untuk menyelamatkan Presiden MIC, juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam yang cuma menang tipis dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu iaitu dengan majoriti 1,217 undi, tulis Lim Kit Siang dalam blognya.

Dalam lawatan beliau ke tapak kem baharu tersebut di Batu Anam, Jalan Pulapol, Segamat bulan lalu bersama beberapa pemimpin DAP Kit Siang berkata, kerja-kerja pembinaan sedang berjalan tetapi kem tersebut tidak mungkin dapat disiapkan menjelang April tahun hadapan.

Setakat ini tambah beliau, tidak ada sesiapa tinggal di situ.

Bagaimana boleh 1,051 pengundi tentera bersama pasangan masing-masing boleh didaftarkan sebagai pengundi baharu di kem tersebut yang boleh dilihat dalam senarai nama pengundi yang pamerkan dari 25 Oktober hingga 6 November itu?, soal beliau.

“Kita pernah mendengar mengenai pengundi hantu sebelum ini tetapi ini kes pertama pengundi hantu dalam kem tentera dan ini bukti sahih SPR serta kerajaan Umno-BN ditangkap hidup-hidup cuba “mencuri” dalam PRU14 ini dengan memindahkan 1,051 pengundi tentera ke Segamat bagi menyelamatkan Presiden MIC dan Menteri Kesihatan dalam pilihan raya umum akan datang,” kata beliau.

8.0
OVERALL SCORE
: 6.0
1 user vote x 10.0
CATEGORIES
TAGS