Peniaga naik harga gula akan diambil tindakan

Peniaga naik harga gula akan diambil tindakan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Peniaga diberi amaran agar tidak menaikkan harga runcit gula sewenang-wenangnya atau berdepan dengan tindakan keras.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Dalam negeri ,Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memaklumkan mana-mana peniaga yang menjual gula melebihi harga yang ditetapkan, iaitu RM2.84 sekilogram

“Dikalangan peniaga yang ingkar bakal dikenakan tindakan dibawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya, bagi individu.

“Manakala bagi syarikat pula denda tidak melebihi RM500,000. Gula merupakan barang harga terkawal (price-controlled goods) di bawah AKHAP 2011, dan sebarang tindakan menaikkan harga komoditi tersebut sewenang-wenangnya adalah salah di sisi undang-undang.
Jusreru orang ramai dinasihatkan supaya membuat aduan ke KPDNKK melalui talian 1800-886-800 jika mendapati ada peniaga yang menjual gula melebihi harga yang ditetapkan kerajaan.

Pada Rabu lalu, kerajaan masih meneliti dan belum membuat sebarang keputusan berhubung kenaikan harga gula, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Beliau mengulas sedemikian ekoran viral di media sosial kononnya harga gula akan naik mulai 1 Disember ini, beliau berkata, penetapan harga bergantung kepada harga gula mentah di pasaran antarabangsa.

TAGS