Peniaga pasar Pasir Puteh enggan pindah ke pasar baru

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Walaupun pasar baru Pasir Puteh yang dibina di kawasan baru berhampiran Jalan ‘by-pass’ ke Kota Bharu telah siap sepenuhnya, namun desas desus mengatakan para peniaga di pasar sedia ada enggan berpindah kerana fasiliti disediakan amat tidak sesuai.

Bangku tempat berniaga terlalu kecil antara sebab peniaga enggan pindahTinjauan Malaysia Dateline ke pasar baru itu mendapati rungutan para peniaga yang kini beroperasi di tapak asal di tengah-tengah bandar ini memang ada kebenarannya.

Seorang peniaga yang namanya enggan disiarkan berkata, ada tiga aspek yang perlu dijelaskan pihak Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) jika mahu para peniaga berpindah.

“Pertama ruang tempat niaga terlalu kecil iaitu 3 X 5 kaki adalah amat tidak munasabah kerana sebagai pasar besar di sini, jumlah barang-barang yang diniagakan adalah banyak.

“Kedua masalah keselamatan barang-barang apabila pasar baru didak dibenarkan buat ‘partition’, jadi bagaimana dengan peniaga yang tidak bawa balik barang-barang mereka pada waktu malam.

“Perkara ketiga ialah soal kebersihan, sistem longkang dan kemungkinan banjir di mana kami mendapati alairan air keluar dari gerai-gerai tidak di buat dengan sempurna dan kawasan berkenaan memang akan dinaiki air kerana tempat berkenaan asalnya sawah padi,” katanya.

Menurutnya beliau, dimaklumkan pihak persatuan peniaga sedang berunding dengan pihak MDPP dan pihak pemaju namun yakin masalah ini sukar diselesaikan.

“Projek dah siap baru nak runding, sedangkan sudah jelas binaan berkenaan langsung tidak memenuhi keperluan kami sebagai peniaga pasar,” katanya.

TAGS