Penyanyi SM Salim sedang tenat

Penyanyi SM Salim sedang tenat

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Penyanyi legenda tanah air, Tan Sri SM Salim, 88, kini dalam keadaan nazak akibat sakit tua.

Anak sulung penyanyi itu, Siti Noraishah, 60, memberitahu Bernama, bapanya dalam keadaan tenat sejak pukul 3 pagi tadi hingga perlu diberi alat bantuan pernafasan.

“Selepas diberi alat bantuan, abah sudah boleh bernafas seperti normal, namun sejak pukul 8 pagi tadi abah mula menunjukkan tanda-tanda kritikal. Sehingga kini, ramai sanak saudara dan sahabat yang datang menziarah dan membaca surah Yassin untuk beliau,” katanya.

Menurut Aishah, kesemua anggota keluarga sudah dipanggil pulang dan doktor yang merawat ayahnya itu menjelaskan bahawa sudah tiada apa yang boleh dilakukan kerana keadaan ayahnya sudah terlalu uzur.

“Kami sekeluarga hanya berserah kepada Allah,” katanya.

Anggota keluarga dan sahabat handai terdekat seniman Tan Sri S.M Salim tidak putus-putus mengujungi beliau di kediamannya di sini malam ini setelah beliau dilaporkan dalam keadaan kritikal sejak awal pagi tadi.

Keluarganya turut mengadakan majlis bacaan surah Yasin yang dihadiri kira-kira 60 orang bagi mendoakan kesejahteran seniman itu.

Antara yang berkunjung ialah pelakon Fauziah Nawi dan penyanyi terkenal Datuk Jamal Abdillah.

Menurut anak keenam S.M Salim, Shamsul, bapanya mengadu sesak nafas sejak pagi semalam.

Doktor telah memberikan bantuan oksigen tetapi itu tidak banyak membantu, katanya.

Tan Sri SM Salim atau nama sebenarnya, Sheikh Salim Sheikh Muhammad Al Mahros memulakan kariernya sebagai penyannyi sejak 1957 dan merupakan penyanyi lagu-lagu Melayu klasik.

Penyanyi veteran itu lumpuh akibat sakit saraf dan hanya bergantung pada kerusi roda sejak 17 tahun lepas.

Anggota keluarga dan sahabat handai seniman Tan Sri SM Salim membacakan surah Yassin untuk beliau yang kini sedang tenat akibat sakit tua di kediamanya di Ukay Perdana malam tadi.

TAGS