Pepatah jawa penyeri ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan

Pepatah jawa penyeri ucapan di Konvensyen Pakatan Harapan

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Mohd Anuar TahirSetiausaha Parti Amanah Negara (Amanah) Mohd Anuar Tahir Konvensyen Pakatan Harapan petang tadi mengungkapkan bahasa Jawa dalam ucapannya.

Petikan itu bermaksud perlunya pemimpin memberi teladan yang baik.

“Pemimpin harus beri teladan bukan pemimpin yang angkut anak bini ke luar negeri.

“Kita mantapkan perpaduan kita. Jangan ada perkara remeh-temeh memisahkan kita. Ini mesti difahami pemimpin Amanah, PKR dan DAP,” katanya di hadapan lebih seribu peserta konvensyen di Shah Alam petang tadi.

Beliau berkata, jika Pakatan Harapan diberi peluang memerintah negara, gabungan itu memberi jaminan negara akan bebas daripada rasuah.

“Dalam gerakan ini, ada bekas perdana menteri, bekas timbalan perdana menteri. Dalam gerakan ini disokong beberapa bekas menteri.

“Kalau kita diberi peluang memerintah di seluruh negara, pemerintahan yang bebas rasuah akan menyelamatkan negara ini,” katanya.

Beliau juga berkata, dalam Pakatan Harapan kepimpinan yang dibawa adalah kepimpinan bersih dan bukan kepura-puraan, sebaliknya kepimpinan yang memenuhi keperluan rakyat.

“Kita perlu tunjukkan di peringkat kawasan dan negeri, kepimpinan Pakatan Harapan bukan demi tembolok perutnya.

“Kita akan tolak monopoli kuasa. InsyaAllah kita akan turun ke jalan raya bersama-sama Tun Mahathir, Muhyiddin dan seluruh rakyat,” tegasnya lagi mengakhiri ucapannya dengan sorakan Reformasi dan AllahuAkbar.

TAGS