Perang saudara di Syria beri imej buruk kepada Islam, kata penganalisi

Perang saudara di Syria beri imej buruk kepada Islam, kata penganalisi

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perang Saudara Syria memberi imej buruk pada Islam dan umat Islam, kata penulis dan penganalisis antarabangsa khasnya dunia Islam, Zin Mahmud.

Menurut beliau, kumpulan Islam di situ khususnya dari kalangan Daesh telah menampilkan wajah dan perbuatan kejam atas nama Islam, Syariah dan khalifah.

Kejatuhan Aleppo telah menunjukkan Basyar yang disokong Rusia menang di Syria, kata Zin Mahmud.“Negara Islam atau Islamic State sudah menjadi konsep keganasan yang ditakuti, dibenci dan dihina di seluruh dunia,” tulis beliau dalam facebooknya.

Hasil Perang Saudara itu ialah jutaan umat Islam Syria menjadi pelarian ke Eropah. Mereka terbunuh, dihalau dan menjadi gelandangan, kata Zin, bekas pengarang kanan kumpulan Utusan itu.

Menurut Zin, dengan jatuhnya Aleppo kembali ke kerajaan Syria, maka akan hampir akhirnya Perang Saudara Syria dengan kemenangan pihak Parti Baathis dan Presiden Bashar Assad.

“Arab Spring gagal dan segala pertumpahan darah di sana menjadi sia-sia. Gerakan Islam demokratik telah gagal,” tulisnya.

Bagi beliau, faktor yang membawa kepada kemenangan kerajaan Syria ialah bantuan Rusia kepada mereka.

Apa yang menyebabkan pihak pembangkang kalah ialah kemasukan Daesh atau Islamic State dalam peperangan ini yang menjadikan pertikaian di situ tiga penjuru, tulisnya.

TAGS