Perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat?

Perbincangan Najib, Trump hanya 5 minit 58 saat?

Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Rumah Putih dan perbincangan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump hanya selama 5 minit 58 saat didakwa hanya membuang masa.

Koordinator deklarasi Rakyat Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berkata, perbincangan yang hanya melibatkan dua perkara pokok boleh diserahkan kepada Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat Tan Sri Zulhasnan Rafique dengan pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan di sana.

Khairuddin Abu Hassan 3“Setakat nak bincang dua topik pokok ini sepatutnya kerajaan Malaysia suruh Zulhasnan Rafique selaku Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat bincang saja dengan pegawai-pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan di sana.

“Perbincangan Najib dengan Presiden Amerika Syarikat terlalu ringkas. Buang masa Perdana Menteri dan membazir duit rakyat Malaysia saja rombongan ke Washington itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam Naib Presiden PKR Rafizi Ramli mendakwa kunjungan Najib ke Rumah Putih bukan lawatan rasmi ketua kerajaan seperti kelazimannya.

Ahli Parlimen Pandan itu berkata, hujahnya berasaskan bahawa ketiadaan protokol tertentu seperti tidak ada upacara sambutan rasmi yang diadakan semasa ketibaannya.

“Untuk membezakan sama ada sesuatu jemputan dari Presiden Amerika Syarikat itu adalah jemputan berbentuk lawatan rasmi ketua kerajaan atau tidak, kita boleh melihat layanan dan kemudahan yang diberikan.

“Jemputan yang bertaraf lawatan rasmi ketua kerajaan melibatkan, antara lainnya, sambutan rasmi semasa pesawat mendarat, majlis sambutan rasmi di White House dan penginapan yang disediakan di Blair House, iaitu rumah untuk tetamu negara,” katanya.

Khairuddin pula meminta kakitangan Pejabat Perdana Menteri menunjukkan bukti bahawa lawatan itu adalah lawatan rasmi.

{loadposition myposition}

“Secara jujur, boleh tak saya nak minta kakitangan Jabatan Perdana Menteri untuk tunjuk gambar Najib Tun Razak duduk bersebelahan dengan Presiden Amerika Syarikat dalam bilik pejabat ‘Oval’ untuk tatapan rakyat Malaysia?

“Boleh tak saya nak minta kakitangan pejabat Perdana Menteri tunjuk gambar Rosmah Mansor disambut oleh Melania isteri kepada Presiden Amerika Syarikat ketika mereka tiba di hadapan pintu ‘West Wing’ Rumah Putih untuk ditunjukkan kepada rakyat Malaysia sebagai kenangan kunjungan tersebut?”

Beliau juga mempersoal Najib yang berhasrat membeli 25 buah pesawat MAS Boeing 737 dan lapan unit pesawat Boeing 787 Dreamliners berjumlah AS$10 bilion dalam jangkamasa 5 tahun

“Kerajaan Malaysia dan syarikat penerbangan MAS ada duit ke buat masa ini?

“Nak bayar hutang syarikat 1MDB sejumlah RM52 juta pun kerajaan dah tercungap-cungap serta terpaksa berhempas pulas untuk terbitkan dana?

“Keduanya, Najib turut memberitahu Presiden Amerika Syarikat kesediaan Malaysia untuk bantu ekonomi Amerika Syarikat dengan melibatkan diri dalam pembangunan prasarana melalui pelaburan KWSP bernilai antara AS$3 bilion dan AS$4 bilion.

“Dalam situasi rakyat jelata hidup dalam keperitan ekonomi dengan kos sara hidup masakini terlalu tinggi; Najib Tun Razak masih nak gunakan duit KWSP untuk bantu ekonomi Amerika Syarikat?” soalnya.

CATEGORIES
TAGS