Pergolakan politik negeri Terengganu

Pergolakan politik negeri Terengganu

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Saya tidak membuat ulasan kemelut Terengganu walau beberapa kali di tanya hingga keadaan menjadi lebih tenang. Situasi Terengganu agak lebih kompleks dari apa yang di jangka.

Pemecatan gelaran kebesaran Menteri Besar Terengganu walaupun mungkin tidak ada kaitan dengan pergolakan politik tempatan, ianya merupakan situasi terkini yang hangat di alami Negeri Terengganu.

Saya telah mengulas tentang perlunya kerajaan Negeri menjadi stabil apabila usul undi tidak percaya di kemukakan di Dewan Undangan Negeri Terengganu baru baru ini.

Malangnya ada pihak tertentu menempelak cadangan saya supaya pilihanraya Negeri di adakan. Sebenarnya usul undi tidak percaya itu di benarkan mengikut perlembagaan.

Hari ini pihak yang sama mencadangkan pilihanraya Negeri juga di adakan.

Sejak Datuk Seri Mohd Said di gugur sebagai Menteri Besar oleh Perdana Menteri Mohd Najib Razak keadaan politik Umno Terengganu telah bergolak hebat.

Dari segi “serius” atau parahnya situasi, keadaan semasa undi tidak percaya dahulu lagi parah kerana dari segi teorinya Mohd Said yang membawa usul tersebut telah berada di luar atau “terkeluar” dari kerajaan kerana menentang parti.

Jadi kedudukan kerusi secara teori menjadi 16-16 dan susah untuk kerajaan berfungsi. Itulah sebabnya saya hairan kenapa ketua pembangkang tidak terus mendesak untuk pilihanraya Negeri di adakan. Keadaan bergelora tetapi mereka hanya berpeluk tubuh dan menjadi pemerhati dan situasi telah berlalu menjadi kembali tenang sementara.

Situasi sekarang adalah diantara Istana dan Menteri Besar dan bukan dari tindakan mana-mana ahli di dalam Dewan Undangan Negeri.

Kerusi di Dewan Negeri komposisi 17-15 masih berpihak kepada BN. Apa yang berkemungkinan besar berlaku adalah pertukaran Menteri Besar yang juga masih dari BN.

Persoalannya kenapa baru sekarang ketua pembangkang bersiap sedia konon nya untuk menghadapi pilihanraya Negeri?

Adakah sekadar menumpang di atas isu masalah pihak lain. Melainkan Umno Terengganu bergolak hebat semula itulah situasi semasa. Kita perlu objektif dalam isu ini dan jangan emosi.

Jika hendak bertindak sepatutnya semasa usul undi tidak percaya dahulu.
Memang di akui Umno bermasalah di peringkat pusat dengan masalah di hadapi Najib dengan Timbalan dan Naib Presiden Umno serta bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta pengikut-pengikut mereka.

Masalah di Pusat sudah tentu akan menjejas kedudukan Menteri Besar Terengganu yang di pilih oleh Najib.

Ini semua menyusahkan rakyat Terengganu dan perlulah di adakan penyelesaian atau adakan pilihanraya semula. Rakyat Terengganu yang menghadapi masalah kenaikan kos sara hidup, GST dan kejatuhan nilai ringgit Malaysia menjadi mangsa menanggung berbagai derita.

Situasi penuh ketidak tentuan ini harus berakhir demi kesejahteraan rakyat. Pihak Kerajaan dan pembangkang harus memainkan peranan mereka demi masa depan rakyat Terengganu.

Kemelut Umno Terengganu telah lama berlaku dan menjadi lebih ketara selepas Ahmad Said diganti dengan Menteri Besar sekarang.

Ramai yang berminat menjadi Menteri Besar Terengganu, maklumlah bajet tahunan melebihi RM2 Billion setahun dengan penduduk hanya 1 juta berbanding dengan Selangor sekitar RM1.5 Billion penduduk 4.5 juta.

Sangat lumayan habuannya tetapi sejak minyak di temui 40 tahun dahulu, di Terengganu, rakyat terus di antara ketiga termiskin di Malaysia dan Kerajaan Negeri terus bermewah-mewah. Kerana itu Umno Negeri terus bergolak merebut kuasa dan kekayaan duit minyak”.

Jika pertukaran Menteri Besar berlaku, ia belum tentu akan berakhir kerana pergolakan Umno pusatnya sedang hebat membara.Kalau pertukaran Menteri Besar Terengganu juga berlaku ia hanya akan meredakan keadaan hanya untuk beberapa ketika. Bukan hanya Terengganu, seluruh Negara menghadapi dugaan yang amat hebat.

TAGS