Perhimpunan Agung Umno 2017 bermula hari ini

Perhimpunan Agung Umno 2017 bermula hari ini

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Pusat Dagangan Dunia Putra membuka tirainya kepada 5,739 anggota perwakilan UMNO yang berkampung bagi mengikuti Perhimpunan Agung terakhir parti itu sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Seperti kelazimannya, hari pertama perhimpunan itu akan menyaksikan anggota perwakilan menghadiri majlis taklimat tertutup Presiden UMNO yang mana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menyampaikan amanatnya termasuk tentang persiapan PRU14.

Acara penting pada hari pertama perhimpunan itu turut melibatkan perasmian serentak tiga sayap UMNO iaitu pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri bagi menyuntik kesiagaan dalam menghadapi PRU14.

Selain itu, Laman Media yang menempatkan wakil-wakil media yang membuat liputan sepanjang

perhimpunan agung UMNO dan mini konvesyen penerangan parti juga akan dirasmikan hari ini.

Perhimpunan Agung UMNO 2017 akan berlangsung sehingga 9 Dis ini.

CATEGORIES