Perhimpunan Rohingya esok jihad pertama Pas-Umno demi Islam – MT Umno

Perhimpunan Rohingya esok jihad pertama Pas-Umno demi Islam – MT Umno

Perhimpunan besar-besaran berhubung isu Rohingya merupakan langkah jihad pertama antara Umno dan Pas demi memperjuang dan memartabatkan agama Islam, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perhimpunan besar-besaran berhubung isu Rohingya merupakan langkah jihad pertama antara Umno dan Pas demi memperjuang dan memartabatkan agama Islam, kata Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Isu Rohingya ini merupakan permulaan baik untuk perpaduan ummah,” katanya selepas melawat gerai roti canai dan teh tarik sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di sini, hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu berkata walaupun fahaman politik berbeza, namun nawaitu kedua-dua parti adalah sama demi kepentingan umat Islam.

“Kalau isu Rohingya ini menjadi pertemuan antara Umno dan Pas, jadi banyak lagi isu berkaitan kepentingan Islam boleh kita perjuangkan bersama-sama seperti Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian bagi memperkasa Mahkamah Syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah,” katanya.

Satu perhimpunan solidariti bagi menzahirkan keprihatinan masyarakat Malaysia berhubung isu Rohingya dijadual berlangsung esok di ibu negara yang antaranya akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta pemimpin lain seperti Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

TAGS