Perkasa cadang tubuh majlis ukhwah Islamiah nasional, bimbang Umno-PAS sukar bergabung

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Umno-PAS mewujudkan Majlis Ukhwah Islamiah Nasional (MUIN) membolehkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bersama parti politik Melayu-Islam menjalinkan permuafakatan agama, bangsa dan negara, demikian kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim AliPertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mencadangkan Umno-PAS mewujudkan Majlis Ukhwah Islamiah Nasional (MUIN) membolehkanPertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) bersama parti politik Melayu-Islam menjalinkan permuafakatan agama, bangsa dan negara, demikian kata Presidennya Datuk Ibrahim Ali.

Beliau ketika menyampaikan ucapan dasarnya pada Persidangan Agung Tahunan ke-6 Perkasa semalam, turut menyebut kumpulan agamawan dalam Perkasa berhasrat untuk mempelopori inisiatif ini (menubuhkan MUIN) untuk membolehkan wujudnya satu badan yang tidak berasaskan politik.

“Kami cadangkan tubuh Muin sebab kami yakin ura-ura kerjasama PAS dan Umno mutakhir ini, tidak mungkin jadi kenyataan.

“Oleh yang demikian kami harap PAS dan Umno akan ‘berjiwa besar’ untuk merealisasikan kewujudan Muin,” katanya.

Malah beliau juga berkata, satu pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdu Hadi Awang telahpun diadakan di Ibupejabat parti itu pada 13 Oktober yang lalu.

Malaysia Dateline menghubungi Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man bertanyakan tentang pertemuan dengan pemimpin tertinggi PAS itu berkaitan cadangan Perkasa akan penubuhan MUIN.

Kata Tuan Ibrahim: “ Mereka datang buat lawatan rasmi ke Ibupejabat PAS, ketika itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi berada di Kuala Lumpur.Kita meneriam kehadiran sesiapa sahaja. Memang ada cadangan berkaitan MUIN.

Ditanya apakah keputusan PAS? Tuan Ibrahim menjawab:” Saya tiada di ibupejabat Pas ketika itu tetapi setakat ini tidak ada apa-apa perbincangan mengenainya, saya tak dengar apa-apa pun dibincangkan mengenainya secara rasmi,” ujarnya ketika dihubungi malam tadi.

Wakil PAS yang dijemput hadir dalam persidangan Perkasa semalam, Setiausaha Agung PAS Datuk Takiyuddin Hassan (kiri)dan Pengarah Pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali (tengah).Manakala Pengarah Pilihanraya PAS, Datuk Mustafa Ali yang hadir dalam Majlis Perasmian Persidangan Agung Perkasa bersama Setiausaha Agunga PAS Datuk Takiyduddin Hassan,juga ditanya mengenai perkembangan cadangan dibawa oleh Perkasa itu.

Mustafa turut berkata, belum ada lagi sebarang perbincangan mengenai MUIN sebagaimana di cadangkan Perkasa.

“Saya belum boleh komen. Kena teliti dulu,” ujarnya tanpa mahu mengulas lanjut.

Perkasa mencadangkan penubuhan majlis itu bagi membolehkan orang Melayu dalam NGO dan parti politik bertunjangkan Melayu dan Islam berbincang, berunding dan bermuafakat menerusi satu majlis yang tidak berasaskan politik.

Sebagai rekod Malaysia Dateline turut melaporkan sebelum ini, pada Majlis Penutupan Multalqa Serantau Al-Azhar Malaysia, Jumaat lalu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki juga mencadangkan perlu ada ‘ kuasa ketiga’ bagi membantu pemimpin negara yang mempunyai fahaman politik dan ideologi yang berbeza dalam menyelesaikan isu berkaitan umat Islam.

Tuan Ibrahim pula ketika diminta komen balas cadangan Ahli Majlis Tertinggi Umno itu mengenai‘kuasa ketiga’, turut berpandangan ia bukan perlu membabitkan golongan ulama dan profesional bagi membantu pemimpin parti yang mempunyai fahaman politik dan ideologi berbeza.

TAGS