Perkauman bagai hantu Frankenstein

Mereka adalah warganegara yang merasakan sama-sama membina negara baru Malaysia.

Bulan ini adalah bulan kemerdekaan. Sudah 59 tahun negara ini merdeka. Sebagai bangsa merdeka, rakyat negara ini bebas berfikir dan bebas mengatur langkah menentukan masa depan negaranya.

Tentu saja pelbagai persepsi dari pelbagai pihak akan perihal kemerdekaan negara ini. Bangunan termoden di bandar besar dan semi bandar, lebuh raya timur barat, utara selatan, LRT, MRT dan segalanya di bandar besar seperi Kuala Lumpur, menjadikan negara begitu gah sekali ketika menyambut ulang tahun kemerdekaan ini.

Namun apabila kita menziarah kembali kemerdekaan ini dalam konteks sebagai sebuah negara, kita melihat wajah ngeri menyelubungi negara ini, iaitu semakin mencengkamnya masalah perkauman yang melanda negara tercinta ini.

Masalah perkauman ini bagai hantu Frankenstein yang menghisap darah dan membunuh sainstis yang menciptanya dan ini sangat menakutkan.

Ertinya mereka yang mencetus dan mengelus-ngeluskan perkauman maka dikhuatiri akhirnya, perkauman itu akan merosakkan negara ini sendiri.

Pelbagai parti politik – lama dan baru – dilihat cenderung menanam akar kekuatannya berasaskan perkauman. Memberikan gambaran bahawa tanpa berdasarkan kaum maka parti politik itu sukar berkembang. Ini suatu persepsi yang sangat menakutkan.

Perkauman dan extremisme agama biasanya berjalan beriringan kerana ia dipacu atau didorong oleh emosi, ketaksuban, bukan akal rasional dan fakta. Ia statik dan tentunya tidak dynamik.

Perkauman inilah yang dilihat menyerlahkan wajahnya, bahkan semakin mencengkam ketika negara ini menyambut ulangtahun kemerdekaan 31 Ogos ini.

Ramai rakyat prihatin, terutama di kalangan intelektual yang menyedari bahaya perkauman ini jika ia semakin bersemarak. Mereka merasakan perkauman ini akan menghambat proses kematangan negara ini.

Cendekiawan tersohor, Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadhil pernah membangkitkan hal ini di sebuah wacana mengenai pembinaan bangsa Malaysia. Ia menyebut pembinaan ini dalam bingkai kepelbagaian dalam kesatuan.

Perbincangan mengenai bangsa Malaysia, katanya, mesti berasaskan hak dan keadilan serta pengabdian yang tidak berbelah bagi kepada pembangunan bangsa.

Menurut Dr. Siddiq, istilah yang dikaitkan dengan agama seperti kafir harbi dipakai untuk mengentalkan lagi semangat perkauman.

Kepada beliau, semangat yang benar-benar tulin seperti yang dirakam di dalam Al-Quran ialah ialah berdakwah kepada bukan Islam, bukan memerangi mereka. Iaitu mendakwah dengan bijaksana, dengan ilmu, bukan mengkafir harbikan mereeka.

Baginya, pembinaan bangsa Malaysia ssukar dibina tanpa merombak gaya hidup dan istilah kepada bukan Islam seperti zimmi dan harbi. Ini kerana, katanya, mereka adalah warganegara yang merasakan sama-sama membina negara baru Malaysia.

Menurut Dr. Siddiq lagi, yang diperlukan oleh bukan Islam ialah bukan bukan perlindungan sebagai kafir zimmi atau harbi, tetapi memerlukan perkongsian kuasa kerana mereka adalah warganegara.

Konsep ini, katanya, sudah wujud dalam dalam Piagam Madinah.Sangat jelas mengenai konsep pembentukan bangsa Malaysia. Sebab itu sangat menghairankan, apabila parti politik – lama dan baru – begitu ghairah mengikut jalur kaum, atau ras. Seolah-olah tanpa berasaskan kaum sesuatu itu ditolak oleeh rakyat.

Inilah igauan sebenarnya ketika kita melihat wajah dan watak negara ini dalam usianya 59 tahun sebagai negara merdeka.

Oleh itu mesti ada keberanian pemimpin politik dan rakyat menolak konsep perkauman ini yang benar-benar tidak releven dan tidak diperlukan oleh rakyat Malaysia.

Wajah dan watak perkauman negara ini mesti dirobah dengan parti politik mesti berani melepaskan diri dari cengkaman itu dan tidak lagi berada dalam sangkar perkauman.

Di sinilah saya kira, Parti Amanah, walaupun baru setahun usianya September ini sudah berani muncul sebagai parti yang berbilang kaum. Sebab itu, ia adalah parti politik masa depan tanah air, yang boleh diharapkan oleh rakyat berbilang kaum.

Istimewanya Parti Amanah ini ialah, walapun ia parti berbilang kaum, tetapi ia tetap berada dalam orbit Islam, justru ia berusaha merealisasikan Islam itu sebagai Rahmatan Lil-alamin.

TAGS