Perkauman dalam dua wajah

Mujahid manggagaskan politik baru.

Apabila pemimpin besar pejuang kemerdekaan tanah air, Dr. Burhanuddin Al-Helmy pada tahun 1945 meneriakkan ‘Di atas robohnnya kota Melaka mari kita tegakkan jiwa merdeka, bersatu padulah seluruh baka’ ia tidak dianggap sebagai perkauman Melayu dan mengundang permusuhan.

Ia sekedar untuk menyatu padukan bangsa Melayu yang sedang bergelora menuntut kemerdekaan. Ia diucapkannya di perasmian Parti Kebangsaan Melayu (PKMM).

Allahyarham, seorang professional yang dapat diterima oleh pelbagai kaum bukan saja di zamannya, mungkin juga di masa kini kerana sikapnya yang terbuka.

Oleh itu isu perkauman yang kini banyak mendominasi wacana pelbagai phak akibat timbulnya pelbagai kejadian dan tanggapan perlu dibahaskan secara ilmu dan rasional.

Sebuah buku ‘Islam dan Kepelbagaian’ yang ditulis oleh Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa, seorang ideolog dan pemimpin politik – AMANAH – telah mengupas, antara lain, mengenai isu perkauman ini menurut perspekif Islam.

Buku ini yang ditulis oleh Dr. Mujahid dua tahun lalu sangat wajar kita menekuninya ketika apa yang dikatakan isu perkauman dibahaskan dengan rancaknya oleh pelbagai pihak. Ini akibat dari timbulnya hal-hal yang bersifat perkauman.

Buku Islam dan Kepelbagaian.Menurut beliau, ada dua jenis atau bentuk perkauman. Iaitu Perkauman Positif dan Perkauman Destruktif.

Baginya, perkauman positif tidak mewajarkkannya menjadi satu ideologi yang berpotensi melakukan penindasaan dan diskriminasi antara kaum. Ia sekadar menyatakan fakta keturunn (ethnic) yang menngikat satu kelompok dan dikenal pasti mereka berkongsi bahasa, budaya dan adat resam juga agama yang satu.

Kewujudan kelompok bangsa ini, menurut Dr. Mujahid, memberikan mereka rasa sifat kepunyaan dan ia juga menjadi satu dripada tanda-tanda kebesaran Ilahi, seperti apa yang dinyatakan dalam Surah Al-Hujarat, ayat 13 di mana Allah s.w.t. menyatakan bahwa kewujudan kelompok yang pelbagai bangsa adalah untuk mereka kenal mengenal antara satu sama lain dan bukan untuk mereka berbangga dengan kaum masing-masing.

Oleh itu perkauman akan menjadi positif apabila ia didorong untuk mengwujudkan persefahaaman dan hormat menghormati antara satu sama lain serta dan saling kenal mengenal dalam akiiviti silang budaya.

Tetapi perkauman jenis kedua – perkauman bersifat distruktif – iaitu ia akan menjadi permusuhan kerana ramuannya ialah kebencian pada kaum lain.

Oleh itu, menurut Dr. Mujahid, perkauman jenis ini menjadikan perkauman sebagai ideologi secara berstruktur dalam bidang ekonomi, politik dan interaksi sosial.

Katanya perkauman jenis ini adalah usaha berterusan untuk mewujudkan satu proses secara sistematik bagi mewajarkan ketuanan suatu kaum ke atas satu kaum yang lain melalui tekanan politik dan pelbagai ugutan berbau perkauman.

Menurutnya, ini adalah racism melalui tindakan dan ucapan yang bersifat rasis sehingga menimbulkan kebencian kum. Ia membawa konotasi bahawa kaumnya lebih berhak di mana kaum lain mengikut saja apa yang dikatakan tanpa soal jawab.

Di sinilah Dr. Mujahid melihat, Malaysia perlu bersih daripada anasir perkauman distruktif kerana ia mempunya implikasi kontradik dengan
sifat Islam yang membawa rahmat seluruh alam.

Buku beliau ini bukan saja membawa isu perbahasan mengenai perkauman, tetapi juga membawa satu wacana segar mengenai Islammdan kepelbagaiannya, suatu mauduk yang bertahun-tahun Dr. Mujahid memperkatakanya bersama rakan seperjuangannya yang lain – Dr. Dzulkifly Ahmad, Hanipa Maidin, Ir. Khalid Samad, malah ulama seperti Ustaz Haji Ahmad Awang dan Ustaz Abd Ghani Shamsudin, bersama tokoh yang lain seperti Ir. Nizar Jamaludin dan lain-lain di mana semua mereka ini berada dalam Parti Amanah Negara, sebuah parti yang didukungi oleh kalangan profesional dan progresif sejak lebih setahun yang lalu.

Tidak syak lagi, menurut pendapat saya, Parti Amanah dengan visi dan misi yang ada padanya, akan mampu mendukung sebuah cita-cita besar seperti ini.

Mereka ini berusaha merealisasikan bahawa Islam menerima rialiti kepelbagaian (agama dan bangsa, secara wujudnya (existence) walaupun hanya Islam saja yang diyakini benar (oleh pendukungnya) secara teologinya, amalannya dan dan syariatnya bagi menjalankan kehidupan dalam situasi damai.

Buku ini saya ulang telaah kerana begitu menarik dan boleh membuka minda kita. Ia diterbitkan oleh Ilhambooks.

TAGS