Perkhidmatan kereta api selatan Thai digantung selepas berlaku letupan semalam

Perkhidmatan kereta api selatan Thai digantung selepas berlaku letupan semalam

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perkhidmatan kereta api ke tiga wilayah selatan Thailand digantung pada hari ini berikutan letupan bom berhampiran stesen Khokpo di Pattani, yang mengorbankan seorang pekerja kereta api.

Pengumuman penggantungan perkhidmatan itu oleh State Railway of Thailand (SRT), menyebabkan ramai penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan itu terkandas di stesen kereta api.

Penumpang-penumpang kemudian dihantar ke destinasi masing-masing oleh SRT menggunakan bas, menurut laporan media tempatan hari ini.

Dalam kejadian 5.45 petang (waktu tempatan), sebuah bom yang ditanam di bawah landasan keretapi meletup semasa keretapi Sungai Golok-Hatyai sedang melaluinya, mengakibatkan kematian seorang lelaki dan mencederakan tiga yang lain.

Letupan kuat itu menghasilkan sebuah kawah sedalam satu meter di landasan keretapi itu dan merosakkan enam gerabak terakhir kereta api itu.

Tiada penumpang dilaporkan cedera dalam insiden itu.

TAGS