Permata: Jangan tanya saya lagi selepas ini, kata Rosmah

Permata: Jangan tanya saya lagi selepas ini, kata Rosmah

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Penaung Pusat Anak Permata Negara (Permata), Datin Seri Rosmah Mansor menafikan peruntukan yang diterima oleh pusat pendidikan awal kanak-kanak itu digunakan bagi kepentingan dirinya.

“Saya ingin tegaskan bahawa apa sahaja peruntukan yang kami terima daripada kerajaan tidak masuk dalam beg tangan saya. Jangan tanya saya lagi selepas ini,” ujarnya di ibu negara, hari ini.

Berucap ketika menerima Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat untuk Kepimpinan dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak itu, beliau juga mendakwa dirinya tidak mengetahui prosedur berkaitan pengurusan dana Permatayang disimpan pihak Perbendaharaan.

“Kami perlu mengikuti prosedur tertentu. Saya tidak tahu prosedur itu, kamu perlu tanya (Pengerusi Jawatankuasa Kerja Program PERMATA Siti) Azizah (Sheikh Abod) mengenainya.

“Dialah orang yang minta duit, (tentukan) bagaimana duit itu dibelanjakan dan bagaimana ia diagihkan. Dia tidak lapor kepada saya,” ujar isteri Presiden Umno itu lagi ketika menerima anugerah berkenaan daripada Sidang Kemuncak Ekonomi China Sedunia (WCES).

Penyampaian anugerah terulung itu dilapor turut mengenang sumbangan Rosmah kepada Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti).

Anugerah disampaikan Pengerusi WCES dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kepemimpinan dan Strategi Asia (Asli), Tan Sri Michael Yeoh.

TAGS