Perpaduan Islam bukan untuk kepentingan politik

Perpaduan Islam bukan untuk kepentingan politik

Perpaduan umat Islam adalah satu kewajipan yang merentas sempadan bangsa, kaum, parti politik dan daerah penempatan, tegas Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Perpaduan umat Islam adalah satu kewajipan yang merentas sempadan bangsa, kaum, parti politik dan daerah penempatan, tegas Ketua Penerangan Pas Pusat Nasrudin Hassan.

Beliau berkata, umat Islam mesti bangkit memperjuangkan agama dan menyatukan ummah kerana musuh Islam sentiasa berusaha memecahbelahkan umat ini.

“Penyatuan umat Islam mesti diusaha dan dilunaskan sepanjang masa. Ia tidak boleh tertakluk kepada musim tertentu yang akhirnya menyerlahkan kepentingan tertentu yang berselindung di sebalik seruan perpaduan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut beliau yang juga ahli parlimen Termerloh, perpaduan Islam mesti menjadikan syariat Islam sebagai sendi utama, bukan kepentingan politik pihak tertentu.

“Islam dan syariatnya mesti menjadi sendi utama pada penyatuan ummah ini. Bukan kepentingan politik dan agenda kuasa pihak tertentu. Tetapi mengangkat kepentingan Islam dan umatnya. Berpaksi kepada perlaksanaan syariat Islam dan mengembalikan sistem politik serta ekonomi yang patuh syariah,” katanya.

Ahad lalu, anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Jamil Khir Baharom mencadangkan kerjasama politik antara parti itu dan Pas dalam usaha memperkukuh hubungan serta perpaduan Melayu-Islam di negara ini.

Beliau yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata atas dasar itu Umno secara ikhlas, berani dan jujur sedia bekerjasama demi menegakkan tuntutan agama.

“Perkara ini seharusnya melangkaui dimensi politik dan perlu dilaksanakan demi membawa kebaikan seiring rasa takwa kita sebagai umat Islam.

“Usul ini akan dibawa sebagai agenda utama untuk dibahaskan pada Perhimpunan Agung Umno nanti,” katanya ketika menjadi speaker sesi ketiga: Diskusi Agama pada Konvensyen Pemerkasaan Agenda Ummah 2.0, di Pusat Dagangan Dunia Putra.

 

 

TAGS