Persatuan mahasiswa UIAM gesa kajian menyeluruh elak banjir kilat berulang

Persatuan mahasiswa UIAM gesa kajian menyeluruh elak banjir kilat berulang

Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM menggesa pihak berwajib agar membuat kajian menyeluruh bagi menangani masalah banjir kilat yang sering melanda kampus UIAM Gombak, yang terkini pada petang Jumaat lalu.

“Kejadian banjir kilat dikatakan berlaku disebabkan hujan lebat yang melanda sekitar kawasan Gombak. Menurut laporan, beberapa kawasan turun dinaiki air termasuklah kawasan masjid UIAM.

“Kami menyuarakan keprihatinan agar suatu kajian dilakukan bagi mengenal pasti punca kejadian ini berlaku. Beberapa faktor seperti pembangunan sekitar kampus, faktor longkang dan faktor geologi kawasan harus diteliti bagi menggelakkan kejadian ini daripada terus berulang,” kata Ketua Sekretariat Publisiti & Promosi Persatuan Mahasiswa Undang-undang UIAM, Ahmad Farhan Rosli dalam satu kenyataan.

Menurut beliau, langkah terbaik seharusnya dijalankan bagi memastikan keselamatan mahasiswa dan seluruh komuniti Taman Ilmu dan Budi terjamin bagi memastikan perjalanan proses menuntut Ilmu tidak terganggu.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada SRC IIUM atas tindakan pantas menyalurkan maklumat kepada seluruh komuniti UIAM agar berjaga-jaga dan peka dengan kejadian banjir kilat yang berlaku.

“Semua pihak diseru bekerjasama untuk memastikan suasana kondusif dalam kawasan kampus bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan mahasiswa UIAM,” katanya lagi.

9.0
OVERALL SCORE
: 9.0
Have no any user vote
CATEGORIES
TAGS