Persempadanan kawasan p’raya: DAP failkan 17 bantahan kepada SPR

Persempadanan kawasan p’raya: DAP failkan 17 bantahan kepada SPR

DAP Johor telah memfailkan 17 bantahan ke atas syor kajian semula bahagian pilihan raya tahun 2016 di negeri itu yang disyorkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

DAP Johor telah memfailkan 17 bantahan ke atas syor kajian semula bahagian pilihan raya tahun 2016 di negeri itu yang disyorkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia.

Pengarah Pilihan Raya DAP Johor Tan Hong Ping berkata, jumlah pengundi seramai 1,649,131 pemilih bagi setiap bahagian seluruh negeri purata 63,428 pemilih, didapati berlaku percanggahan di bawah Sub-Seksyen 2 (c) Jaduaal ketiga belas Perlembagana Persekutuan.

“Bahagian parlimen yang terbesar P162 Gelang Patah mempunyai pemilih seramai 112,081 sedangkan bahagian parlimen yang terkecil P143 Pagoh cuma mempunyai pemilih seramai 36,387.
“Dalam lain kata, bilangan pemilih P162 Gelang Patah adalah 3.08 kali ganda bilangan pemilih P143 Pagoh.

“Pembahagian ini jelas telah bercanggahan dengan Sub-seksyen 2(c) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Perseketuan kerana 3.08 tidak boleh jadi “lebih kurang sama banyak” dengan 1 dan harus diperbetulkan,” terangnya dalam kenyataan hari ini.

Justeru katanya lagi, sekiranya menggunakan kadar 15 pepratus daripada angka purata sebagai suatu kadar perbandingan yang boleh diterima untuk perbezaan antara jumlah pemilih antara bahagian-bahagian pilihanraya, hampir semua bahagian Parlimen di negeri Johor ujarnya, gagal mematuhi kehendak Sub-seksyen 2(c) itu di mana hanya P145 Bakri dan P147 Parit Sulong yang mempunyai perbezaan bilangan pemilih yang kurang daripada kadar 15 peratus.

“Sekiranya kita menggunakan kadar 15% daripada angka purata sebagai suatu kadar perbandingan yang boleh diterima untuk perbezaan antara jumlah pemilih antara bahagian-bahagian pilihanraya, 43 daripada 56 bahagian DUN di negeri Johor gagal mematuhi kehendak Sub-seksyen 2(c) yang tersebut di atas di mana 29 bahagian Dun terlalu kecil dan 14 Dun lagi terlalu besar.

“Dalam pilihan raya umum ketiga belas yang lalu, Barisan Nasional mengekalkan kuasa pemerintahannya walaupun hanya mendapati 47 peratus daripada undi popular.

“Sekiranya persempadanan semula kali ini diluluskan, tidak mustahil Barisan Nasional dapat mengekalkan kedudukan pemerintahannya walaupun hanya mendapat kurang daripada 40% undi popular,” ujarnya.

Antara sebab-sebab utama bantahan yang telah difailkan adalah seperti yang berikut:

1) Bahawa syor-syor oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertarikh dan diterbitkan pada 15 September 2016 berkaitan persempadanan semula adalah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan bertentangan dengan undang-undang.

2) Bahawa notis bertarikh 15 September 2016 tidak menzahirkan kesan syor yang dicadangkan dan gagal untuk memberikan pendedahan penuh terhadap semua maklumat yang diperlukan bagi kami untuk membentangkan kes kami sepenuhnya dan secara berkesan.

3) Bahawa terdapat masa yang tidak mencukupi bagi kami untuk menyediakan bantahan-bantahan kerana kekurangan maklumat dan kesukaran yang dihadapi untuk melayari laman web Suruhanjaya Pilihan Raya.

4) Bahawa terdapat kegagalan keadilan asasi.

Selain itu, kami juga mendapati tindakan persempadanan semula oleh SPR kali ini telah menampakkan pembahagian tidak sekata (malapportionment) yang ketara.

Berdasarkan prinsip yang dinyatakan dalam Sub-Seksyen 2(c) Jadual Ketiga Belas Perlembagaan Perseketuan bahawa;

“Bilangan pemilih di dalam setiap bahagian pilihan raya di dalam sesuatu Negeri patutlah lebih kurang sama banyak kecuali bahawa, dengan mengambil kira kesulitan yang lebih besar untuk sampai kepada pemilih di dalam daerah desa dan kesukaran lain yang dihadapi oleh bahagian-bahagian pilihan raya di luar bandar, ukuran pewajaran bagi kawasan patutlah diberikan kepada bahagian-bahagian kawasan pilihanraya”.

TAGS