Persempadanan semula paling teruk, kata ahli parlimen

Persempadanan semula paling teruk, kata ahli parlimen

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Cadangan persempadanan semula yang dipamerkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekarang disifatkan sebagai garrymandaring paling teruk dalam sejarah.

Garrymandering adalah satu proses penyusunan kawasan pilihan raya untuk menguntungkan sesetengah pihak atau parti dengan cara mengubahsuai kawasan sempadannya.

Ketua parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, SPR perlu memberikan penjelasan penuh kenapa cadangan ini sangat tidak wajar dan adil kepada prinsip ‘satu pengundi, satu undi, satu nilai’ berbanding dengan persempadanan sebelum ini.

Dengan Damansara di Selangor dicadangkan sebagai kawasan paling besar pengundi iaitu 150,439, ia 218% lebih esar dari kota setiap parlimen iaitu 68,814 pengundi.

Selain Damansara, Kit Siang menamakan 13 super parlimen di negara ini apabila setiap satu mempunyai lebih dari 100,000 pengundi, terlalu jauh berbanding kota 68,814 pengundi secara purata setiap parlimen.

 

Persempadanan semula 2016 paling teruk, kata Lim Kit Siang.

Kawasan dengan jumlah pengundi paling ramai.

Damansara 150,439
Bangi 146,168
Klang 141,275
Petaling Jaya 129,363
Subang 128,330
Gelang Patah 112,081
Kota Raja 121,126
Pasir Gudang 108,156
Kota Melaka 105,067
Kuala Terengganu 101,875
Sungai Petani 101,829
Tumpat 101,318
Kapar 100,456

TAGS