Persempadanan Semula: Pengerusi SPR digesa letak jawatan

Persempadanan Semula: Pengerusi SPR digesa letak jawatan

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah perlu meletakkan jawatan jika tidak mahu dilihat berpihak kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

[Sertai Telegram kami untuk berita terikini di t.me/mdateline]

Tan Kok WaiPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah perlu meletakkan jawatan jika tidak mahu dilihat berpihak kepada Umno-Barisan Nasional (BN).

Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan Tan Kok Wai berkata, ia ekoran cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya yang dilihat berpihak kepada BN.

“Usul tersebut tidak mencerminkan prinsip demokrasi “satu orang, satu undi” selain memecahkan kawasan mengikut kaum.

“SPR melakukan persempadanan semula yang melanggar prinsip perlembagaan oleh itu pengerusi SPR mesti meletakkan jawatan,” katanya yang juga Ahli Parlimen Cheras.

Sebelum itu beliau bersama pemimpin-pemimpin utama Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan menyerahkan tandatangan bantahan pengundi di 11 kawasan Parlimen di Wilayah Persekutuan kepada SPR di Menara TH Selborn, drkat Jalan Tun Razak.

Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan Dr Hatta Ramli turut bersetuju dengan gesaan Kok Wai itu.

Beliau berkata SPR gagal membaik pulih imejnya yang dilihat buruk.sejak dahulu lagi.

“SPR kita padang sebagai organisasi yang berat sebelah dari dulu lagi. Kali ini mereka berpeluang menunjukkan keadilan tapi mereka bertindak sebaliknya.

“Ada dua proses pilihan raya yang menakutkan iaitu menambah kerusi dan persempadanan semula.

“Contoh 11 kerusi di wilayah ini. Ini peluang menjadikan kerusi di Eilayah Persekutuan seimbang tapi SPR tidak melakukannya. Kawasan titiwangsa yang kecil dikecilkan lagi,” katanya yang juga ahli Parlimen Kuala Krai.

Sementara itu Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar menegaskan satu badan bebas harus diwujudkan bagi menguruskan persempadanan semula kerana SPR tidak lagi boleh dipercayai.

“Kami melihat ini konspirasi BN  dan SPR untuk memenangkan BN dan mengalahkan kerusi pembangkang.

“Satu badan independen, bukan SPR harus diwujudkan bagi menguruskan persempadanan semula,” katanya.

SPR melakukan kajian semula persempadanan bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi Negeri-Negeri Tanah Melayu dan Sabah bermula 15 September lalu.

Syor kajian semula persempadanan itu mula dipamerkan bagi tempoh satu bulan bermula 15 September hingga 14 Oktober ini, untuk tujuan semakan dan bantahan.

TAGS